More
    Home Sarawak Bintulu Kemalangan lagi ... penunggang motosikal maut

    Kemalangan lagi … penunggang motosikal maut

    TATAU 23 JUN 2020 (SNN) – Seorang penunggang motosikal dipercayai maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung pikap di Kilometer 14, Jalan Tatau-Bintulu petang semalam. Kejadian yang berlaku pada jam 5.20 petang itu, mengorbankan mangsa yang dikenali Ajai Merapoh, 27 tahun, akibat kecederaan di kepala selepas tercampak hampir lima meter ke sebelah kiri jalan.

    Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, mangsa dikatakan bergerak dari arah Bintulu menuju ke Tatau sebelum bertembung dengan sebuah pikap di lokasi kejadian.

    “Siasatan terperinci akan dijalankan bagi mengesan pemandu pikap yang dipercayai melarikan diri selepas kejadian.” Beliau berkata, “beberapa serpihan logo pikap  ditemui di lokasi kejadian yang mana siasatan lanjut akan dijalankan berhubung dengan kes ini.” Tambahnya lagi, mayat mangsa di hantar ke Unit Forensik Hospital Bintulu bagi tujuan pemeriksaan serta bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Lapiran Nizal.

    Sanifa
    Chief Editor

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Notis penangguhan sementara semua aktiviti pengimarahan dan penetapan had jemaah bagi...

    0
    KUCHING, 21 JANUARI 2021 (SNN) : Berhubung dengan penularan wabak Covid-19 di negeri Sarawak yang dilihat semakin membimbangkan serta langkah-langkah pencegahan yang diambil oleh...