More
    Home Sarawak Sarikei Giliran Sarekei memiliki Pusat Pentadbiran Bersepadu

    Giliran Sarekei memiliki Pusat Pentadbiran Bersepadu

    SARIKEI 23 JUN 2020 (SNN) – Pembinaan Pusat Pentadbiran Bersepadu (IAC) yang menelan kos berjumlah RM140 juta akan diteruskan di daerah Sarikei. Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, projek pembinaan IAC mengambil masa 30 bulan untuk siap. “Siapnya projek ini akan menyediakan kemudahan yang lebih baik sekali gus mempertingkatkan perkhidmatan kepada masyarakat di daerah itu,”katanya semasa berucap dalam Majlis Simbolik Pecah Tanah IAC di sini semalam yang dilaporkan oleh UKAS.

    Bangunan IAC Sarikei setinggi 12 tingkat itu bakal menempatkan Pejabat Residen Sarikei, jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan negeri Sarawak. Sehubungan itu, reka bentuk bangunan itu melambangkan kemajuan bandar yang dilaksanakan oleh kerajaan Sarawak ke arah penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada penduduk di bahagian ini. Ujarnya, LCDA Holdings Sdn Bhd telah dilantik menjadi kontraktor bina bangunan ini.

    Majlis turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Unggah Embas, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Hui Kian, Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datu Len Talif Salleh, Menteri Muda Hal Ehwal Koporat dan Ukas, Abdullah Saidol, Ketua Pegawai Eksekutif, LCDA Holdings Sdn Bhd, Monaliza Zaidel dan Ketua Pegawai Eksekutif LCDA Real Estate Sdn Bhd, Nor-E Fadwie Salleh. Laporan daripada Nizal

    Sanifa
    Chief Editor

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Penduduk yang terjejas di kawasan PKP akan terima bantuan makanan dari...

    0
    KUCHING, 19 JANUARI 2021 (SNN) : Bahagian Sibu yang kini berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga hujung Januari ini memberi kesan terhadap aktiviti...