Usahawan Kampung Sungai Bako Pertingkat Ilmu Pemasaran Melalui Kursus Keusahawanan Digital

0
680
Para peserta yang menghadiri Kursus Keusahawanan Digital bergambar bersama penceramah

KUCHING, 04 Mei 2019 (SNN)- Usahawan Kampung Sungai Bako meningkatkan ilmu pemasaran mereka melalui Kursus Keusahawanan Digital yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat ADUN N.05 Demak Laut dan Pusat Internet Kampung Bako Lot. Walaupun hanya 15 orang sahaja peserta yang menghadiri Kursus Keusahawanan Digital, tetapi mereka cukup bersemangat untuk menyertai dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di sepanjang kursus ini.

Menurut staf Pusat Internet Kampung Bako Lot, saudara Fahmi, pengetahuan mereka terhadap asas media sosial telah pun ada dan ini menyebabkan mereka berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang keperluan media sosial selain pengetahuan asas perniagaan.

“Mereka ini telah mempunyai pengetahuan asas terhadap media sosial. Ada di kalangan mereka yang sudah mempunyai akaun facebook dan instagram selain melayari internet untuk mendapatkan maklumat lanjut.”

Ini menyebabkan mereka sangat berminat dengan kursus ini dan mahu mendapatkan lebih banyak pengetahuan dan kemahiran berkaitan media sosial dan pengetahuan dalam perniagaan,” katanya selepas ditanya mengenai keterlibatan peserta dalam kursus ini di sini, Sabtu lepas.

Peserta yang hadir juga berani berkongsi idea dan pendapat terhadap kursus yang hadiri bagi membolehkan interaksi dua hala dapat diadakan.

“Ramai peserta mengemukakan soalan dan ini suatu yang sangat menarik dalam usaha memberikan penerangan agar semua peserta memahami kandungan yang diajar.

“Adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan setiap peserta yang hadir di kursus ini mengetahui dan memahami apa yang diajar agar dapat diaplikasi dalam kehidupan mereka khususnya dalam menceburi bidang perniagaan atas talian ini,” tambahnya.

Kursus Keusahawanan Digital ini merupakan anjuran bersama Pusat Khidmat ADUN N.05 Demak Laut dan Pusat Internet Kampung Bako Lot.

Para peserta tekun mendengar perkongsian maklumat yang diberikan oleh Fahmi semasa Kursus Keusahawanan Digital yang merupakan anjuran bersama Pusat Khidmat ADUN N.05 Demak Laut dan Pusat Internet Kampung Bako Lot

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here