UNIMAS Anjur Bengkel PPU 360º Tingkatkan Semangat Kerjasama dan Berpasukan Selaras Aspirasi “Teguh Bersama”

0
127
Barisan Exco Baru Persatuan Pengurus UNIMAS (dari Kiri: Aileen Anne, Mahani Huja Husin, Dayangku Zyzy Cemylya Awang Rahmat, Thian Foong Fatt, Adam Francis, Zulkarnaen Ali, Sri Muniarty, Thomas Lamada, Nurliyana Amira Kamisly, Flora Bungan Balang, Roziah Sakup, Mohamad Hambali Tumiran, Tamsir Adi Mas, Alhadi Bujang |tiada dalam gambar: Rosmanti Kiflie, Nur Azzryn Farahayn Zainurin, Dayang Zuliana Abang Abdul Rahman, Hj Valentino Abu Bakar, Hjh Noridah Adenan, Saptuyah Hj Mahmud)

Kuching, 04 Mei 2019 (SNN) – Persatuan Pengurus Universiti Malaysia Sarawak (PPU) telah mengadakan Bengkel PPU 360º pada 30 April 2019 bertempat di The Waterfront Hotel, Kuching. Bengkel tersebut telah dihadiri seramai 15 orang exco baru yang terdiri dari Pegawai Pengurusan dan Profesional pelbagai skim perkhidmatan. Objektif utama bengkel tersebut diadakan adalah bertujuan untuk membincangkan penetapan hala tuju dan sasaran aktiviti persatuan bagi tempoh 2019/2020.

Bengkel ini juga menyediakan ruang kepada exco-exco baru untuk mengenali lebih dekat di antara satu sama lain bagi mewujudkan semangat kerjasama dan berpasukan yang lebih erat selaras dengan aspirasi “Teguh Bersama” di samping dapat meningkatkan profesionalisme, kualiti serta produktiviti kerja. Antara aktivit-aktiviti yang telah diadakan sepanjang bengkel tersebut adalah sesi suai kenal dan sesi pembentangan cadangan aktiviti dari setiap exco.

Presiden PPU, En Zulkarnaen Ali dalam ucapan aluan beliau berharap agar barisan exco baru yang terpilih dan dilantik akan bekerjasama erat dalam perlaksanaan aktiviti-aktiviti persatuan dan memupuk semangat keserakanan melalui penganjuran aktiviti yang diadakan.

Beliau juga menekankan keperluan untuk berubah untuk kekal relevan sebagai sebuah persatuan yang menaungi staf eksekutif UNIMAS terutama di dalam melahirkan eksekutif UNIMAS yang berkepimpinan dan berfikiran strategi di dalam meneruskan kecemerlangan UNIMAS sebagai sebuah universiti unggul di rantau ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here