Usahawan Di Demak Laut Digesa Guna Media Sosial Untuk Pasarkan Produk Dan Barangan Jualan

0
344
Dr Hazland menyampaikan sijil kepada peserta Kursus Digital Ekonomi dan Asas Keusahawanan untuk golongan wanita-wanita daripada Kampung Goebilt di Pusat Internet Kampung Bako Lot

KUCHING, 24 Julai 2019 (SNN)- Usahawan di DUN Demak Laut digesa untuk menggunakan media sosial untuk memasarkan produk dan barangan jualan. Ini kerana penggunaan media sosial untuk memasarkan produk dan barangan jualan tidak asing lagi bukan sahaja kerana ianya percuma, tetapi juga mudah digunakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Yang Berhormat Dr Haji Hazland Abang Haji Hipni berkata atas sebab itu Pusat Khidmat DUN Demak Laut dengan kerjasama Pusat Internet Kampung Bako Lot dan Taman Sepakat Jaya mengadakan Kursus Digital Ekonomi dan Asas Keusahawanan untuk penduduk di DUN Demak Laut.

“Setiap orang daripada kita pasti mempunyai akaun media sosial yang digunakan untuk bersosial dan berhubung antara satu sama lain.

“Ianya diminati dan dimiliki bukan sahaja percuma, tetapi juga senang untuk dimiliki asalkan kita mempunyai emel.

“Menyedari akan hal itu, setiap usahawan digalakkan menggunakan media sosial untuk memasarkan produk dan barangan keluaran mereka. Kursus ini pastinya akan memberikan manfaat kepada setiap peserta yang mengikutinya dengan ilmu-ilmu baru yang ada di media sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan taklimat kepada peserta-peserta Kursus Digital Ekonomi dan Asas Keushawanan untuk golongan wanita-wanita daripada Kampung Goebilt di Pusat Internet Kampung Bako Lot, semalam.

Dalam pada itu, Dr Hazland juga mencadangkan setiap usahawan mewujudkan satu jenama untuk produk atau syarikat mereka supaya mudah untuk dikenali.

“Perniagaan berasaskan barangan mahupun perkhidmatan memerlukan penjenamaan supaya orang ramai mudah mengingati dan mengenalinya.

“Penjenamaan itu penting dan ini termasuklah nama dan logo yang membolehkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan itu boleh dijual atau dilanggan,” ujarnya.

Seramai 18 orang wanita daripada Kampung Goebilt telah mengambil bahagian dan kebanyakan mereka menganggap kursus ini sangat berguna kepada usahawan-usahawan kecil dan sederhana yang baru mula berkecimpung dalam perniagaan.

Dr Hazland turut menyampaikan taklimat kepada peserta-peserta Kursus Digital Ekonomi dan Asas Keusahawanan untuk golongan wanita-wanita daripada Kampung Goebilt di Pusat Internet Kampung Bako Lot, semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here