More
    Home TYT Sarawak Sumbang RM50K dan Solat Jumaat Bersama Penduduk Kampung Muara Tebas

    TYT Sarawak Sumbang RM50K dan Solat Jumaat Bersama Penduduk Kampung Muara Tebas

    KUCHING, 05 April 2019 (SNN)- Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud bersama rakyat di Kampung Muara Tebas menunaikan solat Jumaat di Masjid Darul Ikhwan, di sini, hari ini.

    TYT Sarawak hadir kira-kira jam 12.40 tengahari dan disambut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut YB Dr Hazland Abang Haji Hipni bersama Yang Dipertua Majlis Agama Islam Sarawak (MAIS) Datu Hj Misnu Hj Taha.

    Pada majlis itu, TYT Sarawak telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM50 ribu yang diterima ADUN Demak Laut. Sumbangan ini akan diagihkan kepada beberapa buah masjid di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut.

    Selepas itu, TYT Sarawak bersama dengan kira-kira 300 orang jemaah menunaikan solat Jumaat berjemaah yang diimamkan Imam Besar Negeri Sarawak Sahibul Fadilah Ustaz Hj Mustapha Kamal Hj Ahmad Fauzi. Selesai solat Jumaat berjemaah, TYT Sarawak dan YB Dr Hazland bersama kenamaan lain bersalaman dengan jemaah sebelum makan tengahari.

    TYT Sarawak hadir ke Masjid Darul Ikhwan, Kampung Muara Tebas sambil disambut kedatangannya oleh Dr Hazland  dan Hj Misnu
     

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Bantuan dan baikpulih kerosakan di Bau akan disegerakan-ADUN Tasik Biru

    0
    BAU, 16 JANUARI 2021 (SNN) : Daerah Bau antara kawasan yang terjejas teruk akibat banjir sejak hujan turun tidak berhenti pada Rabu lalu sehingga...