TYT Meriahkan Program Gawai Raya Ramah-Tamah Sarawak Motorcycle Association (SAMA)

0
146
TYT Yang DiPertua Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Ragad Kurdi Taib hadir bagi memeriahkan Program Gawai Raya Ramah Tamah anjuran Sarawak Motocycle Association (SAMA).

KUCHING, 26 Jun 2019 (SNN)– Peminat motosikal berkuasa besar, sederhana dan rendah tidak ketinggalan bersama memeriahkan Program Gawai Raya Ramah-Tamah anjuran Sarawak Motorcycle Association (SAMA).

Program ini  telah diadakan pada 22 Jun lepas bertempat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama bermula jam 2 petang hingga 4.30 petang.

Tetamu istimewa TYT Yang DiPertua Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Ragad Kurdi Taib hadir bagi memeriahkan majlis.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni turut hadir bagi bersama dengan peminat motosikal untuk berkumpul dan memeriahkan Gawai Raya.

Ini merupakan julung kalinya diadakan medan pertemuan serta merapatkan lagi ikatan silaturahim dalam kalangan semua bikers di seluruh Sarawak tidak kira bangsa, kaum dan agama.

Sarawak adalah negeri pertama yang memulakan program seperti ini sebagai titik pertemuan dan menyatukan semua bikers tidak kira motor kuasa kecil, sederhana atau besar dalam satu bumbung.

Tetamu jemputan bergambar bersama Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Ragad Kurdi Taib di pentas utama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here