More
    Home PIBG dan Pihak Sekolah Disaran Sentiasa Bekerjasama Anjur Pelbagai Aktiviti

    PIBG dan Pihak Sekolah Disaran Sentiasa Bekerjasama Anjur Pelbagai Aktiviti

    KUCHING, 27 Jun 2019 (SNN)- PIBG dan pihak sekolah disaran sentiasa bekerjasama dalam menganjurkan pelbagai aktiviti yang bermanfaat untuk pelajar khasnya, dan pihak sekolah secara umumnya.

    Dr Hazland Abang Hipni  yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut  berkata demikian semasa hadir  dan sekaligus merasmikan Program Language in Motion anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Seri Setia Tabuan, SK Tabuan, SK Tabuan Hilir di sini, baru-baru ini. Beliau turut melahirkan sokongannya terhadap aktiviti sebegini yang dianjurkan oleh PIBG dan pihak sekolah

    Program ini selain didadakan dalam usaha untuk menyerlahkan bakat pelajar, juga dalam masa yang sama mengeratkan hubungan pihak sekolah dan juga ibu bapa. Selain itu turut diadakan pameran yang mempamerkan aktiviti dan program sekolah yang berkaitan dengan Bahasa.

    “Melalui pelbagai aktiviti termasuk  pameran seperti ini, pelajar bukan sahaja mendapat pengalaman yang tidak boleh mereka dapat dalam sesebuah buku, malah meningkatkan semangat saling bekerjasama dalam pasukan untuk memastikan penganjuran berjaya dilaksanakan. Selain itu, pengalaman yang mereka perolehi itu nanti turut dapat membantu proses perkembangan mereka dari satu tahap ke tahap yang baharu,” ujar Dr Hazland lagi.

    Beliau turut berharap PIBG dan pihak sekolah sentiasa bekerjasama dalam  menganjurkan program sebegini di masa akan datang.

    Pada majlis itu, hadirin yang hadir telah dihiburkan dengan persembahan pentomin daripada pelajar-pelajar yang mengambil bahagian dengan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Setia mempersembahkan ‘Story in Motion :The Pipe Piper’ dan ‘The Devoted Mother’, dan SK Tabuan mempersembahkan ‘The Adverse Effects of Mobile Smartphone’.

    Dr Hazland serta para hadirin yang hadir telah dihiburkan dengan persembahan pentomin daripada pelajar-pelajar yang mengambil bahagian
    Dr Hazland turut melawat pameran yang merupakan salah satu pengisian aktiviti

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sarawak komited terus maju dalam menghadapi cabaran antarabangsa termasuk perubahan iklim...

    0
    LONDON, 24 APRIL 2024: Sarawak komited untuk berkembang dan bangkit mencapai kejayaan serta berazam untuk kekal berdaya saing dan relevan sambil mencipta peluang untuk...