More
    Home Sarawak Bintulu Tunjukkan sikap murni contohi akhlak Rasulullah SAW-Datuk Talip Zulpilip

    Tunjukkan sikap murni contohi akhlak Rasulullah SAW-Datuk Talip Zulpilip

    BINTULU, 22 NOVEMBER 2020 (SNN) : Setiap Ahli Jawatankuasa Masjid dan Surau perlu menunjukkan sikap yang murni, integriti dan tadbir urus yang baik selain mengikuti akhlak Nabi S.A.W agar tidak berlaku penyelewengan.

    Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Integriti dan Ombudsman merangkap ADUN Jepak, Datuk Talip Zulpilip berkata, umat Islam haruslah mencontohi serta mengikuti akhlak Nabi Muhammad S.A.W dan setiap AJK Masjid dan Surau perlu menunjukkan sikap integriti yang tinggi serta mengamalkan tadbr urus yang baik.

    “Sarawak ini amat bertuah kerana mempunyai pemimpin yang berintegriti.

    “Pada Januari 2015, Ketua Menteri, Allahyarham Pehin Sri Adnan Satem bersama-sama barisan kabinet yang lain menandatangani ikrar integriti bagi melahirkan pemimpin yang bebas dari rasuah dan telus,” kata beliau semasa menyampaikan ceramah Integriti bertemakan Integriti Rasulullah SAW (Teladan Sepanjang Zaman) di Masjid Al Amin Kampung Kuala Tatau pada Jumaat.

    SOP tetap dipatuhi sepanjang ceramah berlangsung

    Terdahulu, Unit Integriti & Ombudsman Negeri (UNION), Jabatan Ketua Menteri dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Sarawak (JAIS) telah mengadakan beberapa ceramah integriti di beberapa Masjid-Masjid di Bahagian Bintulu.

    Turut hadir sama dalam majlis adalah Pengerusi Masjid Al Amin Kuala Tatau Sahari Man dan Pegawai Agama Islam Bahagian Bintulu Ustaz Dzulhazri Japar Shedik.-Sumber Ukas.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kereta terjunam di Sungai Sarawak, mayat mangsa berjaya diselamatkan.

    0
    KUCHING, 25 FEBRUARI 2021 (SNN) : Mayat seorang wanita berusia 70 tahun yang terjunam bersama kenderaannya di bawah Jambatan Satok pada jam 10.36 pagi...