More
    Home Taska dan Tadika di zon berisiko dibenarkan beroperasi dan perlu mengikuti SOP

    Taska dan Tadika di zon berisiko dibenarkan beroperasi dan perlu mengikuti SOP

    KUCHING, 24 NOVEMBER 2020 (SNN) : Pusat Taska dan Tadika dibenarkan beroperasi seperti biasa bagi kawasan Zon Merah dan Kuning namun perlu mematuhi Prosedur Standard Operasi (SOP) yang ketat.

    Pemangku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing berkata, tanggungjawab pembukaan pusat taska dan tadika adalah atas pihak pengurusan sepenuhnya dan mereka perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Kanak-Kanak (KKWKPK).

    “Pihak pengurusan perlulah memaklumkan kepada KKWKPK terlebih dahulu sebelum membuka semula pusat taska dan tadika bagi tujuan rekod dan pemantauan, ” katanya semasa sidang media Covid-19 pada Ahad lalu.

    Dalam masa yang sama, beliau turut menjelaskan bilangan penumpang dalam sebuah kenderaan persendirian perlulah mengikut kapasiti kenderaan itu sendiri.

    Kenyataan media JPBN Sarawak pada 22 November 2020

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Penduduk yang terjejas di kawasan PKP akan terima bantuan makanan dari...

    0
    KUCHING, 19 JANUARI 2021 (SNN) : Bahagian Sibu yang kini berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga hujung Januari ini memberi kesan terhadap aktiviti...