Tun Mahathir Akan Bersara Ketika Capai Usia 95 Tahun

0
587
Tun Mahathir berucap kepada rakyat Malaysia di London

LONDON – Dengan nada berjenaka Tun Mahathir mengatakan beliau akan bersara ketika usia 95 tahun. Pada Ahad yang lalu, beliau telah menghadiri sebuah perjumpaan bersama rakyat Malaysia yang bermastautin di London, United Kingdom sekali gus menerima tepukan gemuruh setelah berseloroh dengan kenyataan persaraan beliau.  Ini adalah lawatan beliau yang pertama semenjak kembali berkuasa yang tidak kurang pentingnya kerana pelajar Malaysia di UK mempunyai suara politik.

Sebenarnya Tun Mahathir adalah dalam perjalanan ke New York untuk menghadiri Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Dr Mahathir telah mengungkapkan hasratnya dalam tempoh pimpinannya agar dapat menyelesaikan banyak masalah negara yang sedang berlaku.  Menurut beliau, “Saya berharap saya dapat terus bekerja sehinggalah saya bersara nanti.”

Beliau telah ditanyakan mengenai isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali samada gembira atau tidak dengan persaraan beliau, lalu beliau pun menambah dengan berkata,  “Beliau sangat menyokong saya. Beliau mengikut saya ke mana jua saya pergi,” katanya yang diikuti tepukan gemuruh para hadirin.

Seperti kita sedia maklum, Tun Dr Mahathir telah mengangkat sumpah jawatan selaku pemimpin paling tua di dunia untuk mengetuai dan mentadbir sebuah kerajaan selepas gabungan Pakatan Harapan yang telah menang dalam PRU14 yang lalu.

Pesan negarawan ulung itu, “Penyakit boleh membunuh anda, pekerjaan tidak. Anda bukan sahaja perlu bersenam untuk menguatkan otot-otot di badan anda, tetapi anda juga perlu membuat senaman minda untuk menguatkan minda anda.”

Oleh: Akmal Azlan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here