More
    Home Sarawak Limbang Awang Tengah Ada Peruntukan Untuk Selesaikan Krisis Air di Lawas

    Awang Tengah Ada Peruntukan Untuk Selesaikan Krisis Air di Lawas

    LAWAS – Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan telah menyatakan bahawa pihak kerajaan Sarawak telah memperuntukkan RM169 juta kepada penduduk sekitar utara Lawas khususnya di kawasan Merapok Laut, Merapok Hulu dan SMK Merapok yang menghadapi krisis air. Peruntukan ini telah diluluskan oleh Ketua Menteri kita iaitu Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bagi menyelesaikan dilema penduduk yang gagal untuk menikmati air bersih. Kenyataan ini diberikan semasa merasmikan penutupan Program Perkampungan Pelajar dan Misi Akademik UiTM Cawangan Sarawak di SMK Merapok.

    Menurut Timbalan Ketua Menteri Sarawak tersebut, Kerajaan Persekutuan terdahulu sebelum ini telah memberi peruntukkan sebanyak RM2 juta tetapi kekangan yang berlaku menyebabkan kawasan tersebut masih mengalami krisis air.

    Katanya, “pihak bertanggungjawab menyediakan kemudahan bekalan air bersih dan tenaga elektrik perlu melakukan tindakan segera menyelesaikan isu bekalan air dan elektrik di kawasan Merapok khususnya Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merapok.

    “SESCO dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) perlu memberi perhatian segera menangani masalah dihadapi SMK Merapok mendapatkan bekalan air.”

    Awang Tengah merasmikan Perkampungan Misi Akademik UiTM Sarawak di Lawas, Sarawak

    Beliau juga telah mengambil kesempatan ketika memberi ucapan menyentuh program yang dianjurkan oleh Persatuan Alumni UiTM Sarawak (MITSA) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak dengan berkata UiTM merupakan sebuah pengajian tinggi yang masih menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sejak dari awal penubuhannya.

    Oleh itu, beliau telah mengingatkan kepada para pelajar tingkatan empat, lima, dan Enam di SMK Merapok agar memanfaatkan peluang belajar bahasa Inggeris bagi meningkatkan pencapaian akademik mereka. Hal ini kerana beliau menegaskan peredaran global yang semakin maju dan moden serta penggunaan bahasa Inggeris yang menjadi bahasa utama dunia terutamanya dalam bidang teknologi, Perindustrian 4.0 dan ekonomi digital.

    Oleh: Akmal Azlan

    Sanifa
    Chief Editor

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Komplek Wisma Melayu Sarawak milik AKYBMS kini capai kemajuan 30 peratus...

    0
    KUCHING, 29 MAC 2024 (SNN): Peratusan Projek Pembinaan Wisma Melayu milik Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) di Jalan Dilpomatik, Petra Jaya kini...