Persatuan Melayu Miri Bela Melayu Hadapi Cabaran Bandar Minyak Selama 60 Tahun

0
1144
Rosey melancarkan Sambutan Ulang Tahun Ke-60 PMM bersama para jemputan.

MIRI, SARAWAK (SNN) – Persatuan Melayu Miri (PMM) telah mengharungi berbagai-bagai cabaran membela masyarakat Melayu di bandar minyak tertua di negara kita selama 60 tahun.  Untuk mengenang dan menghargai peranan pemimpin dan ahli persatuan itu sendiri majlis pelancaran Sambutan Ulang Tahun (SUT) Ke-60 pada 26 Ogos 2018, sembilan bulan lebih awal.  Tarikh sebenar penubuhan PMM adalah pada bulan Mac 1959 dan merupakan salah sebuah persatuan Melayu yang terawal di Sarawak.  Kira-kira 100 orang telah hadir dalam majlis pagi itu.

Pelancaran SUT Ke-60 telah disempurnakan oleh YB Puan Rosey Yunus Hj. Yunus, Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Awal Kanak-Kanak Sarawak di Bangunan PMM di Miri.  Beliau berkata masyarakat Melayu patut berbangga dan menghargai jasa pengasas dan pemimpin-pemimpn serta ahli-ahli PMM yang telah banyak berkorban. Memandangkan ramai yang hadir terdiri dari ahli warga emas, Rosey, mencadangkan agar PMM berusaha menarik golongan muda sebagai ahli demi kelangsungan persatuan itu.

Rosey menyampaikan ucapan perasmian

Sebelum itu, Presiden PMM, Tuan Haji Razali Alison telah berucap dan mengalu-alukan para hadirin-hadirat.  Beliau menyatakan kini ahli yang berdaftar sebilangan besar adalah warga emas dan beliau bercadang untuk menarik golongan muda untuk menyertai PMM.  Beberapa acara yang bersesuaian sedang dirancang untuk menarik minat para belia dan juga untuk mengadakan kegiatan kebudayaan.

Razali menyampai ucapan alu-aluan

Turut hadir adalah YB Datuk Lee Kim Shin, Menteri Muda Pelancongan, Seni dan Kebudayaan; YB Datuk Sebastian Ting; YB En. Lukanisman Awang Sauni Ahli Parlimen Sibuti; Datu Abdillah Hj. Abdul Rahim, Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri dan Datu Dr. Hj. Sanib Hj. Said, Pengurus Besar, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak; Haji Julaihi Hj. Muhamad, Timbalan Datuk Bandar Miri dan Datu Alexander Maiyor, Presiden Melanau Miri.

Sanib bersama warga emas PMM

YB Datuk Lee Kim Shin juga turut berucap.  Empat orang YB kemudian telah bersetuju untuk memperuntukan geran RM10,000 seorang yang berjumlah RM40,000.

Majlis SUT KE-60 ini telah diisi dengan acara tahlil, sijil penghargaan kepada ahli warga emas dan penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here