Tujuh (7) Program Strategik Bakal Disajikan Dalam Sidang Kemuncak Halal Global 2019 (GHaS 2019)

0
53
Kemeriahan hari pertama Sidang Kemuncak Halal Global 2019 (GHaS 2019) Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur (Foto: Jakim)

KUALA LUMPUR, 02 April 2019 (SNN)- Tujuh program strategik bakal disajikan dalam Sidang Kemuncak Halal Global 2019 (GHaS 2019) dengan tema “Halal Connecting The World”  yang telah membuka tirainya semalam, pada 01 April 2019 di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur. Kerajaan Malaysia melalui Sekretariat Majlis Halal Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)  menganjurkan Sidang Kemuncak Halal Global 2019 (GHaS 2019) yang berlangsung di Hotel Grand Hyatt dan Malaysia International Trade Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur mulai 01 hingga 06 April 2019.

Penganjuran Sidang Kemuncak Halal Global (GHaS 2019)  tahun ini melibatkan usahasama dari Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE), Halal Industry Development Corporation (HDC) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Sidang ini merupakan platform terbesar yang disediakan kepada semua pemain industri halal dunia dan ditampilkan menerusi sesi perbincangan, perkongsian pengetahuan, aktiviti rangkaian dan peluang untuk meningkatkan lagi komuniti halal demi faedah ummah secara global.

Sidang Kemuncak Halal Global 2019 ini juga merupakan peluang dan ruang yang terbaik dalam menghimpun dan menghubungkan pakar-pakar serta pemain-pemain industri halal global, pihak berkuasa halal serta profesional halal dari seluruh dunia untuk berkongsi pandangan dan kepakaran berkaitan inisiatif halal. Dengan tema “Halal Connecting The World” iaitu “Halal Menghubungkan Dunia”, ia bakal menyatukan dan membawa rahmat kepada semua pihak sejajar dengan konsep Rahmatan Lil ‘Alamin.

Sidang ini merupakan platform terbesar yang disediakan kepada semua pemain industri halal dunia dan ditampilkan menerusi sesi perbincangan, perkongsian pengetahuan, aktiviti rangkaian dan peluang untuk meningkatkan lagi komuniti halal demi faedah ummah sejagat. Beberapa program telah berlangsung sepanjang sidang hari ini iaitu International Halal Authority Board General Assembly (IHAB-GA) kali ke 2, Konvensyen Badan Pensijilan Halal Kali ke 10 dan International Halal Technical Capacity Development Programme (IHTCDP) kali ke 3.

Tujuh (7) program strategik bakal disajikan oleh GHaS 2019 iaitu 10th Halal Certification Bodies Convention (HCBC), 3rd International Halal Technical Capacity Development Programme (IHTCDP), 2nd International Halal Authority Board (IHAB) General Assembly, Global Halal Industry Congress (GHIC), Malaysia International Halal Showcase (MIHAS), World Halal Conference (WHC) dan 1st Halal Innovation & Technology Exhibition (HITEx)

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri YB Datuk Seri Dr Mujahid bin Yusof dan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Puan Hajjah Fuziah Salleh turut hadir menyampaikan ucaptama dalam Sidang Kemuncak Halal Global hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here