Aduan Berkenaan Masalah Air Perlu Tindakan Segera Oleh JBALB Sarawak

0
113
Stephen Rundi merasmikan Program Menteri Utiliti Sarawak Bersama Komuniti di Dewan Masyarakat Kampung Tanjung Kelaso, Asajaya. Turut kelihatan Liwan Lagang, Aidel Lariwoo, Awla, Chang Kuet Shian, Haji Brahim Lumpu.

Samarahan, 02 April 2019 (SNN)- Aduan berkenaan masalah air perlu tindakan segera. Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak diminta untuk bertindak segera sekiranya menerima aduan yang diterima berkenaan masalah air di sesuatu kawasan.

Menteri Utiliti Sarawak YB Dato Sri Dr. Stephen Rundi anak Utom berkata langkah ini penting dalam memastikan urusan rakyat tidak terjejas dan langkah penyelesaian dapat dilaksanakan secepat mungkin.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Program Menteri Utiliti Sarawak Bersama Komuniti di Dewan Masyarakat Kampung Tanjung Kelaso, Asajaya, semalam.

Majlis telah dimulakan dengan Taklimat Bekalan Air Dan Penggunaannya dari Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) di kawasan Samarahan yang disampaikan Penolong Jurutera Air Bahagian Samarahan Nurul Affida.

“JBALB Sarawak perlu bertindak segera sekiranya menerima aduan daripada penduduk kampung. Ini bagi memastikan proses baik pulih paip dapat diselesaikan dalam masa yang singkat bagi mengelak ketiadaan air di kawasan kampung. Justeru, penduduk kampung diminta menyalurkan maklumat yang betul kepada JBALB Sarawak sekiranya terdapat masalah air di kawasan,” kata Stephen lagi.

Beliau menambah lagi, program ini merupakan inisiatif JBALB Sarawak dalam mendekatkan jabatan ini kepada masyarakat setempat. “Menerusi program ini, ia membolehkan masyarakat untuk terus berhubung dengan JBALB Sarawak mengenai segala isu dan permasalahan berkaitan bekalan air di kawasan mereka”.

“Ia juga merupakan satu platform bagi pihak JBALB Sarawak dalam memberi penerangan kepada masyarakat mengenai perancangan serta tindakan yang diambil dalam menangani segala isu bekalan air,” tambahnya.

Hadir sama pada majlis tersebut Menteri Muda Bekalan Air Sarawak YB Datuk Liwan Lagang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya YB Aidel Lariwoo, ADUN Simunjan YB Awla bin Dris, Pengarah JBALB Sarawak Ir. Chang Kuet Shian dan Residen Bahagian Samarahan Haji Brahim Lumpu.

Stephen Rundi  disambut meriah oleh penduduk pada Program Menteri Utiliti Sarawak Bersama Komuniti di Dewan Masyarakat Kampung Tanjung Kelaso, Asajaya, Samarahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here