More
    Home Sarawak Betong Tugas bertukar tangan di DUN N38 Kalaka

    Tugas bertukar tangan di DUN N38 Kalaka

    SARATOK, 09 JULAI 2020 (SNN): Semalam menjadi satu catatan sejarah buat kawasan Dewan Undangan Negeri N38 Kalaka apabila berlakunya penyerahan tugas Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N38 Kalaka oleh Yang Behormat Datuk Abdul Wahab bin Aziz kepada Kr. Tuan Mohamad Bin Duri selaku Pengerusi PBB N38 Kalaka.

    Majlis penyerahan tugas itu disaksikan Jawatan Kuasa Tertinggi DUN N38, Kaum Bapa N38 Kalaka, Pergerakan WANITA N38 Kalaka dan Pergerakan Pemuda N38 Kalaka selepas penyandangnya mengumumkan bersara daripada politik.

    “Selain bersara atas faktor usia, beliau turut ingin memberi peluang kepada pemimpin muda,” ujarnya ketika mesyuarat tersebut dan menyerahkan surat serah tugas sebagai Ketua Cawangan PBB Kalaka kepada timbalan beliau Kaunselor Mohamad Duri.

    Abdul Wahab (tengah) menyerahkan surat tugas kepada Mohamad Duri selepas umum bersara.-Sumber Edisi Kalaka Saratok.

    Tambahnya, cadangan meletakkan Mohamad sebagai bakal calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi DUN Kalaka sudah diutarakan kepada pucuk pimpinan dan persetujuan yang disepakati sudah sedia untuk diserahkan kepada Ketua Menteri.

    Mohamad dalam kenyatan balasnya, mengucapkan terima aksih kepada Wahab dan semua ahli jawatankuasa cawangan atas kepercayaan yang diberikan bagi mengemudi cawangan PBB Kalaka seterusnya mengusulkan nama beliau menjadi calon GPS bagi Pilihan Raya Negeri 12 (PRN-12) nanti.

    Beliau juga berazam merancakkan pembangunan sosioekonomi dan modal insan cemerlang bagi seluruh kawasan DUN Kalaka.-Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan terus pastikan rakyat memiliki rumah selesa melalui PPRMS

    0
    LAWAS, 24 JANUARI 2021 (SNN) : Projek Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS) yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri sejak dulu akan terus dilaksanakan dalam...