More
    Home Sarawak Samarahan Penduduk Entangor tarik nafas lega

    Penduduk Entangor tarik nafas lega

    SEBUYAU, 09 JULAI 2020 (SNN): Penduduk di sekitar Kampung Entangor, Sebuyau kini boleh menarik nafas lega selepas Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datuk Julaihi Narawai mengumumkan jalan menghubungkan kawasan berkenaan siap sepenuhnya.

    Jalan yang menghubungkan kawasan kampung ke pasar menelan kos sebanyak RM27 juta akan memudahkan penduduk setempat membeli barang keperluan harian dan tidak lagi perlu menggunakan bot seperti kebiasaannya sebelum ini.

    Gambaran keadaan jalan yang siap dibina

    “Selain memberi manfaat kepada 475 penduduk Kampung Entangor, jalan itu turut memberi kemudahan kepada beberapa kampung disekitarnya,” katanya ketika merasmikan Jalan Klait Entangor, Sebuyau, hari ini.

    Semasa majlis itu juga, Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sebuyau turut merasmikan Dewan Masyarakat Baru Entangor yang menelan kos RM650,000 dan jalan masuk kampung Entangor yang siap dibina dengan kos RM600,000.-Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...