Tragedi Masjid di Christchurch, Ibu Serta Rakan Sonny Bill Williams Peluk Islam

0
206
Gambar kiri, Sonny bersama rakan baiknya, Ofa Tu'ungafasi. Manakala gambar kanan Sonny bersama ibunya, Lee Williams

Wellington, 28 Mac 2019 (SNN)– Susulan tragedi serangan masjid di Christchurch, ibu serta rakan Sonny Bill Williams telah memeluk Islam semalam. Ibu kepada bintang ragbi New Zealand, Sonny Bill Williams, Lee Williams, dilaporkan memeluk agama Islam bersama dengan rakan baiknya, sebaik sahaja tragedi solat Jumaat yang mengorbankan 50 nyawa itu.

Salah seorang yang mengesahkan perkara itu adalah pendakwah terkenal Britain, John Fotain menerusi perkongsian di laman Facebook miliknya. Laporan Daily Mail juga menyebut, imam yang berpangkalan di Zimbabwe, Sajid Umar juga meraikan berita gembira itu menerusi perkongsian di Twitter.

Rakan baik Sonny, Ofa Tu’ungafasi turut memeluk Islam pada Rabu, bersama-sama ibu Sonny, Lee Williams. Ibu Sonny, Lee bersama  Ofa Tu’ungafasi dikatakan tertarik dan mula menerima Islam selepas serangan pengganas di dua buah masjid di Christchurch.
Sonny, merupakan juara dua kali Piala Dunia Ragbi dan pemain Muslim pertama yang bermain untuk pasukan All Blacks. Beliau turut berkongsi kesedihannya di media sosial selepas mengetahui insiden yang berlaku di Christchurch selain turun melawat mangsa di hospital.

Sejarah Hidup Sonny Bill Williams

Keluarga

Beliau dibesarkan dalam suasana yang sukar, rumah kecil dan sempit mendorong pemain rugby terkemuka Sonny Bill Williams berazam untuk membelikan ibunya sebuah rumah yang selesa suatu hari nanti. Impian ini timbul selepas melihat bagaimana ibunya berhempas pulas mencari wang. Pada waktu itu beliau masih remaja dan bekerja sebagai buruh dan pengangkut barang.

Sewaktu kecil saya dibesarkan di sebuah rumah yang terletak di pinggir bandar Mount Albert. Rumah kami hanya ada dua bilik yang mana satu bilik untuk saya dan abang, dan bilik satu lagi untuk dua adik beradik perempuan saya. Ayah dan ibu kami tidur di ruang tamu dan rumah kami tiada kertas dinding (wall paper). Semua keluarga saya tinggal di sekitar sini dan sepupu saya Eka merupakan orang yang sering menjaga kami di rumah. Eka sebenarnya selalu keluar masuk penjara dan saya selalu rasa takut dengan sepupu saya ini, ujar Sonny Bill.

Kerjaya

Karier Sonny  bermula di Australia apabila beliau menyertai pasukan Bulldog. Sonny kemudiannya  menyertai All Blacks di New Zealand dan siapa sangka kini beliau bakal beraksi di sukan Olimpik Rio bersama pasukan New Zealand Sevens.Meskipun mengambil masa yang lama, Sonny kini telahpun berjaya memenuhi impian untuk membelikan sebuah rumah yang selesa untuk ibunya.

 “Sewaktu berusia awal 20-an, pengurus saya pada ketika itu telah menyebabkan saya terlibat dalam pelaburan yang teruk dan berhutang. Pada masa tu ramai yang menyangka saya telah berjaya mencapai impian saya di Toulon. Hakikatnya saya perlu membayar NZD750,000 untuk bebas daripada kontrak”-Sonny

“Tidak pernah di dalam hidup saya impikan untuk berada di tahap ini kerana satu ketika dulu saya adalah seorang remaja yang pernah bawa diri ke Australia. Ianya satu rahmat buat saya untuk berada di samping isteri dan anak kesayangan saya. Dulu saya bukanlah seorang yang baik dan pernah melakukan perkara buruk tapi Allah sentiasa bersama saya” –  Sonny.

Sonny mula mendapat perhatian ramai apabila memberikan medal kemenangan beliau kepada seorang peminat muda yang menyerbu ke arah beliau di  Twickenham pada tahun lepas. “Isteri saya berkata, jika diizinkan Allah saya pasti akan layak ke sukan Olimpik dan memenangi medal lagi, dan kali ini ia akan menjadi milik anak saya pula. Pasukan The Sevens benar-benar memberi nafas baru kepada Sonny.”Adik perempuan saya juga berada di dalam skuad New Zealand Sevens. Jadi ia adalah sesuatu yang besar buat keluarga kami”-Sonny

Beraksi bersama Pasukan Canterburry Bulldogs

Makanan halal dan tuntutan agama

Sebagai satu-satunya muslim di dalam pasukan Sevens dan XV, Sonny perlu memikirkan cara bagi membolehkan beliau solat dan mengamalkan diet berlandaskan Islam disebalik jadual latihan yang padat. “Waktu paling mengembirakan adalah bila saya menunaikan solat. Sewaktu musafir pula agama saya membenarkan dua solat digabung menjadi satu dan ia merupakan sesuatu yang indah dan memudahkan. Mana mungkin untuk saya tidak meluangkan 25 minit sahaja dalam sehari untuk berterima kasih kepada tuhan? Bila dilihat kembali di mana saya satu ketika dulu, saya rasa sangat bersyukur”-Sonny

“Chef juga menyediakan makanan halal untuk saya. Adakala saya rasa malu bila mereka terlalu menitik beratkan tentang ini. Saya hanya mahu diterima dan menjadi sebahagian daripada pasukan, tapi di waktu yang sama saya perlu menjaga keimanan dan tuntutan agama saya. Jika tiada daging halal, saya boleh ambil makanan laut. Jika makanan laut pun tak ada, saya boleh makan bijirin atau minuman berkhasiat. Hakikatnya ada insan lain yang hidupnya lebih teruk dan sukar daripada saya” – Sonny.

Pada tahun lepas Sonny pernah menerima banyak kritikan kerana telah berkongsi gambar seorang kanak-kanak Syria yang telah meninggal di akaun Twitter beliau yang memiliki lebih daripada 500,000 pengikut. Gambar tersebut telah diambil sewaktu beliau menyertai lawatan sebagai duta UNICEF ke kem pelarian Syria di Lubnan. Namun Sonny mempertahankan tindakan beliau dengan alasan seharusnya lebih ramai ahli sukan menggunakan profil mereka bagi meningkatkan kesedaran tentang ketidak-adilan terhadap pelarian perang.

“Kekayaan dunia hari ini dikuasai oleh 1% sahaja daripada seluruh populasi dan ia menjijikkan. Ada sesuatu yang tak kena bila ada yang tidak mampu menyara diri sendiri dan kanak-kanak pula hanya dapat bermain di tempat pembuangan sampah. Sedangkan pada hakikatnya kita mungkin hanya perlukan 100 juta dolar untuk menampung hidup dan selebihnya boleh diberikan kepada mereka yang memerlukan” – Sonny.

Tatoo di Badan

Mencacah tatoo di badan merupakan sesuatu yang dilarang oleh Islam. Menurut  Sonny beliau tidak akan mencacah tatoo lingkaran Olimpik di mana-mana bahagian tubuh beliau.“Tiada lagi tatoo tambahan. Tatoo yang ada di badan saya kini adalah tatoo lama sewaktu di zaman gelap saya dahulu. Saya rasakan saya masih orang yang sama tetapi memeluk Islam menjadikan jiwa saya lebih tenang dan gembira. Susah untuk saya terangkan perasaan itu”.

“Dulu saya seorang yang mudah stress, mudah marah bila bola terjatuh daripada genggaman sewaktu latihan. Saya dibesarkan sebagai seorang Kristian, keluar berparti dan minum hingga mabuk. Keesokan harinya saya tercari-cari sesuatu kerana jiwa terasa kosong. Di situ saya temui Islam adalah cara hidup yang sebenar” – Sonny.

Sukan Olimpik dan tinju

Bercakap tentang impian ke sukan Olimpik, Sonny akan cuba menuruti langkah idola beliau iaitu Muhammad Ali. Sonny juga sebenarnya meminati sukan tinju heavyweight. Namun beralih daripada rugby ke sukan tinju bukanlah perkara mudah.

“Muhammad Ali dan Malcolm X adalah dua insan yang mencorak hidup saya. Muhammad Ali lebih banyak memberi pengaruh kepada saya, bukan hanya kerana beliau seorang peninju ternama tapi juga kerana beliau memeluk Islam dan memperjuangkan apa yang beliau anuti” – Sonny.

Sonny berharap untuk kembali ke arena XV selepas sukan Olimpik nanti serta berhasrat untuk menyertai siri British and Irish Lions yang merupakan salah satu daripada ‘to do list’ beliau.

Sumber:
www.nzherald.co.nz/sport/news/article.cfm?c_id=4&objectid=11664776
www.thevocket.com/bagaimana-sony-bill-williams-peluk-islam/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here