More
    Home Pelaku Zina dan Homoseksual di Brunei Dikenakan Hukuman Rejam Sampai Mati...

    Pelaku Zina dan Homoseksual di Brunei Dikenakan Hukuman Rejam Sampai Mati Bermula 3 April ini

    Brunei, 28 Mac 2019 (SNN) – Pelaku zina dan homoseksual di Brunei akan dikenakan hukuman direjam dengan batu sampai mati bermula 3 April ini. Hukuman ini akan bermula minggu depan di bawah undang-undang Syariah yang tertangguh selama empat tahun susulan kritikan pelbagai pihak.

    Seperti biasa, kumpulan hak asasi manusia memberikan maklum balas negatif terhadap langkah terbaharu negara yang kaya dengan hasil minyak itu, yang dikatakan mengamalkan undang-undang Islam paling ketat berbanding negara jiran, Malaysia dan Indonesia.

    Negara itu akan melaksanakan Kanun Keseksaan baharu, yang juga menetapkan hukuman amputasi (potong) tangan dan kaki bagi kes curi, Rabu depan. homoseksual telah termaktub sebagai menyalahi undang-undang di Brunei dan sekarang menjadi kesalahan yang membawa kepada hukuman mati. Undang-undang itu bagaimanapun hanya terpakai kepada orang Islam. Penalti baharu untuk kecurian adalah potong tangan kanan untuk kesalahan pertama, dan kaki kiri untuk kesalahan kedua.

    Amnesty International mendesak Brunei untuk menghentikan pelaksanaan hukuman baharu itu. Satu notis daripada Jabatan Peguam Negara Brunei bertarikh 29 Disember tahun lalu menjelaskan peruntukan hukuman baharu berkenaan akan berkuat kuasa pada 3 April ini.

    Brunei pertama kali mengumumkan langkah-langkah perundangan Syariah pada 2013 tetapi pelaksanaannya telah ditangguhkan bagi membolehkan para pegawai pelaksana membuat butir-butir praktikal selain mendapat tentangan kumpulan hak asasi manusia. Di bawah peralihan ke arah undang-undang Islam, Brunei pada 2015 mengharamkan perayaan Krismas kerana bimbang umat Islam di sana akan terpesong akidah.

    Larangan yang diwartakan hanya khusus untuk mereka yang beragama Islam, selain larangan meraikan perayaan itu di tempat terbuka bagi mengelakkannya turut sama diraikan umat Islam. Sumber -AFP

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Komplek Wisma Melayu Sarawak milik AKYBMS kini capai kemajuan 30 peratus...

    0
    KUCHING, 29 MAC 2024 (SNN): Peratusan Projek Pembinaan Wisma Melayu milik Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) di Jalan Dilpomatik, Petra Jaya kini...