More
    Home Sarawak Kuching Tiga buah rumah musnah dalam satu kebakaran di Kampung Semarang

    Tiga buah rumah musnah dalam satu kebakaran di Kampung Semarang

    KUCHING, 05 OGOS 2021 (SNN) : Tiga buah rumah musnah dalam satu kebakaran di Kampung Semarang, Kuching di sini awal pagi tadi.

    Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian sebelum mengerahkan 34 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya, Padungan dan Tabuan Jaya ke lokasi.

    “Kejadian yang berlaku pada jam sekitar 2 pagi itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan dan kesemua 7 penghuni dari ketiga-tiga rumah terbabit sempat menyelamatkan diri.

    “Kebakaran tersebut telah menjejaskan 3 buah rumah dimana sebuah rumah jenis tidak kekal musnah 100 peratus, rumah kedua pula musnah 70 peratus manakala rumah ketiga hanya terbakar bahagian dinding rumah,” katanya dalam satu kenyataan.

    Pihak bomba sedang melakukan kerja pemadaman api

    Tambah beliau, keadaan rumah yang sangat rapat menyebabkan api marak dan merebak dengan cepat. Usaha pemadaman berjaya dikawal sepenuhnya dua jam selepas itu.

    Operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 4 pagi dan punca serta jumlah kerugian yang dialami mangsa masih dalam siasatan pihak bomba.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak mengalu-alukan tenaga mahir di seluruh Malaysia bagi membantu pacu...

    0
    KUALA LUMPUR, 18 MEI 2024: Kerajaan Sarawak mengalu-alukan tenaga mahir dari Semenanjung Malaysia untuk bekerja di pelbagai sektor baharu bagi memenuhi keperluan dalam sektor-sektor...