More
    Home Sarawak Kuching Moratorium lesen memandu dan kenderaan tidak disambung, perlu perbaharui mulai Oktober 2021

    Moratorium lesen memandu dan kenderaan tidak disambung, perlu perbaharui mulai Oktober 2021

    KUCHING, 06 OGOS 2021 (SNN) : Moratorium bagi pelanjutan pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) termasuk lesen vokasional (GDL/PSV) tidak akan disambung selepas 30 September ini. Semua pemilik lesen diminta perbaharui lesen sebelum atau pada Oktober ini.

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu kenyataan berkata, aktiviti pemantauan pematuhan dan penguatkuasaan oleh badan penguatkuasa jabatan tersebut dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dilaksanakan di lapangan mulai 1 Oktober 2021 ini.

    “Orang ramai diingatkan agar memperbaharui lesen masing-masing yang telah tamat tempoh sebelum tarikh tersebut. Pemilik kenderaan yang LKM telah tamat tempoh hendaklah memastikan kenderaan masing-masing memiliki perlindungan insurans sah dan menunjukkan salinan sijil perlindungan insurans jika diminta pihak berkuasa.

    “Orang ramai disaran membuat urusniaga secara dalam talian iaitu melalui portal mySIKAP awam (https://public.jpj.gov.my/public/login.) mahupun rakan strategik JPJ iaitu myEG. Sebarang urus niaga yang tidak dapat dilaksanakan secara dalam talian juga boleh dibuat di kaunter JPJ secara janji temu (online appointment/call-in),” katanya dalam satu kenyataan.

    Sementara itu, JPJ berkata bahawa pejabat Pos Malaysia dijangka akan memulakan urus niaga JPJ di lebih 650 cawangan seluruh Malaysia mulai 9 Ogos ini. JPJ juga akan memastikan bekalan dan stok dokumen keselamatan LKM dan LMM adalah mencukupi bagi tujuan urus niaga pembaharuan LKM dan LMM oleh orang ramai.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak mengalu-alukan tenaga mahir di seluruh Malaysia bagi membantu pacu...

    0
    KUALA LUMPUR, 18 MEI 2024: Kerajaan Sarawak mengalu-alukan tenaga mahir dari Semenanjung Malaysia untuk bekerja di pelbagai sektor baharu bagi memenuhi keperluan dalam sektor-sektor...