More
    Home Sarawak Samarahan Sumbangan Komputer Terpakai UNIMAS Kepada Sekolah-Sekolah Kawasan Samarahan dan Kuching

    Sumbangan Komputer Terpakai UNIMAS Kepada Sekolah-Sekolah Kawasan Samarahan dan Kuching

    KOTA SAMARAHAN, 9 Disember 2019 (SNN): UNIMAS tetap komited kepada keterlibatan bersama masyarakat setempat di kawasan Samarahan dan kawasan Kuching, serta Sarawak secara amnya.

    Sumbangan Komputer Terpakai pada hari ini akan memberi impak kepada sekolah-sekolah di kawasan Samarahan dan Kuching.

    UNIMAS berkolaborasi dengan Pejabat Pendidikan Daerah Samarahan dan Kuching bagi mengenalpasti sekolah-sekolah yang memerlukan kemudahan komputer di bahagian masing-masing.

    Sumbangan sebanyak 79 unit komputer kepada 31 buah sekolah dari daerah Samarahan dan 42 unit komputer kepada 14 buah sekolah di daerah Kuching di mana jumlah keseluruhan sumbangan komputer terpakai adalah sebanyak 121 unit.

    UNIMAS amat yakin bahawa sumbangan komputer terpakai ini akan dapat memberi manfaat dan impak kepada warga sekolah yang berkenaan.

    Selain daripada sumbangan komputer terpakai, semua sekolah terbabit akan turut diberi kemudahan menguji penggunaan QR Attendance bagi merekod kehadiran samada kehadiran guru-guru ke sekolah atau kehadiran pada aktiviti-aktiviti sekolah.

    Sumbangan komputer terpakai kepada sekolah-sekolah bukan sesuatu yang baharu untuk UNIMAS. Pada November 2018, UNIMAS juga telah memberi sumbangan komputer terpakai sebanyak 162 unit kepada sekolah-sekolah yang memerlukannya.

    Simbolik… Prof Dr Wan Hashim Wan Ibrahim (empat dari kiri) menyampaikan komputer terpakai kepada salah seorang guru sambil disaksikan oleh YB Puan Hajah Rubiah Haji Wang (empat dari kanan) di DeTAR PUTRA, UNIMAS.
    Prof Dr Wan Hashim Wan Ibrahim (empat dari kiri) menyampaikan cenderahati kepada YB Puan Hajah Rubiah Haji Wang (empat dari kiri) sambil disaksikan oleh tetamu kehormat yang lain. 
    (Dari kiri: Encik Harun Maksom, Encik Henry Tening Sengeng, Dr Haji Azhar Haji Ahmad,  Prof Dr Wan Hashim Wan Ibrahim,  Puan Hajah Rubiah Haji Wang, Prof Dr Ahmad Hata Rasit, Puan Laila bt Abang Ahmad) 

    Naib Canselor UNIMAS, Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Prof Dr Wan Hashim Wan Ibrahim berkata UNIMAS amat yakin bahawa sumbangan komputer terpakai ini akan dapat memberi manfaat dan impak kepada warga sekolah yang mendapatnya.

    Selain dari sumbangan komputer terpakai, UNIMAS juga menawarkan penggunaan sistem kehadiran berasaskan QR secara on cloud untuk digunapakai di sekolah bagi merekodkan kehadiran guru-guru atau staf sekolah dalam sebarang aktiviti atau program yang diadakan di sekolah atau di mana sahaja asalkan ada kemudahan internet.

    QR Attendance (CloQee) adalah aplikasi untuk merekod kehadiran dan dibangunkan sendiri oleh system developer UNIMAS. Aplikasi ini boleh dimuat turun dari Google Play (Android) dan Apple Store (iPhone).

    Beliau berharap komputer terpakai yang diagihkan ini diharap dapat dimanfaatkan bagi kegunaan pelajar dan guru-guru sekolah.  Jika ditempatkan di bilik sumber sekolah kemudahan ini boleh mendedahkan pelajar kepada penggunaan komputer dan kaedah pencarian maklumat yang betul dan efektif.

    Manakala Pengarah Pendidikan Sarawak Dr Haji Azhar Bin Haji Ahmad dalam ucapannya pula berkata, dengan sumbangan ini dapat dijadikan sokongan kepada usaha memperkasakan penggunaan Teknologi Maklumat (IT) dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah, sekaligus mewujudkan persekitaran pembelajaran berteraskan teknologi bagi menggalakkan pemikiran yang lebih kreatif.

    Beliau menambah, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak amat komited dalam menyokong agenda memperluas dan memperkasakan pendidikan yang berkualiti tinggi. Justeru beliau merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih di atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan dan ditunjukkan oleh pihak UNIMAS dalam menyokong program-program Pendidikan.

    “Sesungguhnya kami amat mengalu-alukan usaha murni dan keprihatinan agensi-agensi dan sektor-sektor korporat sebagai pelengkap utama agenda pendidikan negara dalam melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi. Sememangnya UNIMAS dekat di hati kami dan saya berharap agar sumbangan ini memberi manfaat kepada pelajar dan pihak sekolah dan saya yakin kemudahan tersebut dapat digunakan sebaik mungkin”.

    Majlis Sumbangan Komputer Terpakai itu turut dihadiri oleh Yang Berhormat Puan Hajah Rubiah Haji Wang, Ahli Parlimen P197 Kota Samarahan, wakil-wakil dari Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan wakil PPD Samarahan dan Kuching serta wakil-wakil sekolah-sekolah dan pegawai-pegawai UNIMAS.

    Encik Harun Maksom selaku Pengarah Pusat Pembangunan dan Khidmat Teknologi Maklumat (dua dari kiri) bersama staf beliau bergambar dengan komputer-komputer terpakai yang akan diagihkan kepada sekolah-sekolah terpilih sekitar Samarahan dan Kuching.
    Komputer-komputer terpakai yang akan diagihkan kepada sekolah-sekolah terpilih sekitar Samarahan dan Kuching.
    Staf-staf  Pusat Pembangunan dan Khidmat Teknologi Maklumat, UNIMAS sedang mengagihkan komputer-komputer terpakai kepada wakil sekolah. 
     

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sarawak komited terus maju dalam menghadapi cabaran antarabangsa termasuk perubahan iklim...

    0
    LONDON, 24 APRIL 2024: Sarawak komited untuk berkembang dan bangkit mencapai kejayaan serta berazam untuk kekal berdaya saing dan relevan sambil mencipta peluang untuk...