Najib akur keputusan Pilihanraya Umum ke-14

0
285
Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengadakan sidang media Barisan Nasional sekitar jam 11.00 pagi di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur – Presiden Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah mengadakan sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra jam 11.00 pagi tadi. Sidang media beliau disertai oleh Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Barisan Nasional, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Yang Berhormat Khairy Jamaluddin.

Dalam sidang media berkenaan, Datuk Seri Najib menolak tohaman yang mengatakan bahawa beliau akan mengadakan mesyuarat Majlis Keselematan Negara bagi mengadakan darurat.

Beliau akui bahawa tawaran yang diberikan oleh Pakatan Harapan lebih menarik pada rakyat berbanding yang disediakan oleh Barisan Nasional.

Saya menerima dan rakan-rakan saya menerima keputusan oleh rakyat dan Parti Barisan Nasional adalah komited kepada menghormati prinsip-prinsip demokrasi berparlimen. – Presiden Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak

Tambah beliau, tiada parti berjaya mendapat majoriti mudah (majority mudah) dan oleh kerana itu, DYMM Yang di-Petuan Agong Sultan Muhammad V berkuasa untuk melantik mana-mana ahli parlimen yang dicalonkan dan mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat. Presiden BN itu menyatakan komited beliau terhadap keputusan DYMM Yang di-Pertuan Agong.

Di akhir ucapanya, beliau menyeru kepada kalangan rakyat untuk bertenang dan menunggu keputusan mengumumkan perlantikan Perdana Menteri Malaysia yang akan diputuskan oleh oleh DYMM Yang di-Petuan Agong.

Dalam pada itu, tiada majlis angkat sumpah Perdana Menteri Malaysia yang dijangkakan diadakan di Istana Negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here