Pilihanraya Umum Ke-14: Hari baharu, Malaysia baharu

0
454
Pengumuman Keputusan PRU 14 telah diumumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim bin Abdullah awal pagi jam 4.49.
Keputusan Pilihanraya Umum ke-14 memperlihatkan kemenangan mengejut Pakatan Harapan.

Kuching, 10 Mei 2018 (SNN) – Malam 9 Mei 2018 merupakan malam yang sangat panjang bagi seluruh rakyat Malaysia. Sejak tamat tempoh mengundi pada jam 5.00 petang, masing-masing berdebar-debar menantikan keputusan “father of all election”.

Pada jam 4.59 am, Pakatan Harapan telah dilaporkan mendapat 113 kerusi parlimen sementara parti pro Pakatan Harapan, parti Warisan memenangi 8 kerusi di Sabah.

Pengerusi SPR Mohd Hashim Abdullah mengumumkan, BN memenangi 79 kerusi, manakala PAS mengulangi sejarah 1999 dengan 18 kerusi menawan dua negeri, Kelantan dan Terengganu. parti STAR memenangi 1 kerusi menakala, ahli BEBAS memenang 3 kerusi.

Pilihanraya Umum ke-14 kali ini sememangnya membawa rakyat Malaysia ke dimensi politik yang baharu dengan kejayaan Pakatan Harapan memenangi Pilihanraya Umum setelah 60 Malaysia diperintah oleh BN.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here