More
    Home Sarawak Samarahan Seorang lelaki nekad terjun ke sungai selepas bergaduh

    Seorang lelaki nekad terjun ke sungai selepas bergaduh

    SIMUNJAN, 12 FEBRUARI 2021 (SNN) : Seorang lelaki bertindak terjun ke dalam sungai berhampiran pangkalan lama feri Sungai Buloh selepas lari daripada bergaduh dengan seorang lelaki di Kampung Seruyuk Hulu semalam.

    Orang awam yang melihat kejadian berkenaan pada jam sekitar 9.26 malam mengatakan bahawa lelaki berkenaan bertindak terjun ke sungai dan enggan dibantu sebelum bertindak melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak berkuasa.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak mengesahkan menerima laporan berkenaan kejadian sebelum mengerahkan pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan untuk melakukan operasi mencari mangsa.

    Setakat ini, operasi masih dijalankan dengan melakukan pencarian di kawasan tebing sungai ekoran penemuan tapak kaki mangsa di kawasan tebing dan belum ada sebarang maklumat tambahan yang diperolehi setakat hari ini.

    tapak kaki mangsa yang dijumpai semasa operasi mencari malam semalam

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan negeri terus komited membangun dan menyediakan keperluan sekolah di Bahagian...

    0
    LIMBANG, 27 FEBRUARI 2021 (SNN) : Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus komited membangunkan dan memberi kemudahan ke atas...