More
    Home Sarawak Samarahan Pengguna jalan raya patuhi SOP sepanjang pelaksanaan PKPB

    Pengguna jalan raya patuhi SOP sepanjang pelaksanaan PKPB

    SEBUYAU, 13 FEBRUARI 2021 (SNN) : Pengguna jalan raya sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan dengan adanya kawalan sekatan jalan di setiap zon.

    Tinjauan yang dilakukan UKAS di kawasan sekatan antara Zon Kuching dan Zon Betong iaitu di jalan Kampung Beliong dan Pangkalan Feri Sebuyau mendapati pengguna mematuhi SOP yang ditetapkan dengan melakukan pergerakan rentas antara zon menggunakan permit daripada pihak berkuasa.

    Rata-rata pengguna jalan raya memberi kerjasama yang baik dengan pihak berkuasa yang menjalankan tugas sepanjang sekatan jalan dilakukan dan mengucapkan penghargaan atas pengorbanan mereka sebagai barisan hadapan dalam mengekang penularan wabak Covid-19 ini.

    Untuk makluman, sepanjang tempoh PKPB dilaksanakan aktiviti rentas antara zon adalah tidak dibenarkan melainkan atas tujuan yang penting dan mendapat kebenaran daripada pihak polis bagi melakukan tujuan tersebut.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Projek pintu air atasi masalah banjir di Kampung Lingga

    0
    LINGGA, 09 MAC 2021 (SNN) : Projek Pembinaan Pintu Air di kawasan Kampung Lingga yang sering mengalami masalah banjir setiap kali hujan dan fenomena...