More
    Home Bantuan makanan disalurkan kepada penduduk Kampung Sebako yang dikenakan PKPD

    Bantuan makanan disalurkan kepada penduduk Kampung Sebako yang dikenakan PKPD

    LUNDU, 12 FEBRUARI 2021 (SNN) : Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan keatas dua buah kampung berikutan terdapat kes positif yang dikesan di kawasan Kampung Sebako 1 dan Sebako 2, Lundu pada minggu lalu sehingga menyebabkan penduduk terpaksa mengasingkan diri dan sukar untuk mendapatkan bekalan makanan.

    Ekoran daripada itu, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Opar bersama Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Sarawak (SALCRA) bertindak untuk menyalurkan bantuan makanan keperluan kepada penduduk kampung yang terkandas bagi memastikan mereka mendapat bekalan makanan yang mencukupi.

    Penyerahan makanan pada Khamis itu dilakukan dengan kerjasama daripada Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Daerah Lundu, Pejabat Daerah Lundu yang dilakukan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.

    Pengagihan bekalan makanan sebelum diserahkan kepada setiap isi rumah di kedua-dua kampung berkenaan.

    Dalam masa yang sama, penduduk di kedua-dua kampung berkenaan menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak yang prihatin sudi menghulurkan bantuan bekalan makanan kepada mereka sepanjang tempoh PKPD berkuatkuasa.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan negeri terus komited membangun dan menyediakan keperluan sekolah di Bahagian...

    0
    LIMBANG, 27 FEBRUARI 2021 (SNN) : Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus komited membangunkan dan memberi kemudahan ke atas...