More
    Home Lain-lain Sembilan lagi kes positif Covid-19 dicatatkan di Kuching

    Sembilan lagi kes positif Covid-19 dicatatkan di Kuching

    KUCHING, 22 JULAI 2020 (SNN) : Daerah Kuching hari ini merekodkan sembilan (9) kes positif covid-19 menjadikan keseluruhan kes berjumlah 628 kes setakat ini.

    Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini dalam satu kenyataan media menyatakan terdapat dua kes import melibatkan seorang perepmpuan warga tempatan yang baru pulang dari Korea Selatan manakala serang lagi pelajar dari Kursk Medical University, Russia.

    Manakala empat kes positif baharu melibatkan pengesanan kontak rapat dari Kluster Sentosa dan Pasar Stutong selain satu kes dikesan melalui saringan rawak daripada guru yang balik dari bercuti.

    Satu kes lagi merupakan seorang warga tempatan yang merupakan kontak rapat iaitu abang kepada kes ke-574 setelah didapati positif covid-19 pada 5 Julai 2020 lalu.

    Kes kesembilan pula melibatkan seorang warga tempatan yang dikesan melalui pengesanan kontak rapat kepada kes ke-587 iaitu kontak rapat yang menaiki pesawat yang sama dari KLIA ke KIA Kuching pad 15 Julai 2020.

    JPBN Sarawak turut memaklumkan tiada kes baru yang telah sembuh dan discaj pada hari ini dan seramai 54 orang masih menerima rawatan dalam wad isolasi hospital.-Nizal.

    Kenyataan media harian JPBN Sarawak

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Penduduk yang terjejas di kawasan PKP akan terima bantuan makanan dari...

    0
    KUCHING, 19 JANUARI 2021 (SNN) : Bahagian Sibu yang kini berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga hujung Januari ini memberi kesan terhadap aktiviti...