Anak jati wajar didedahkan terhadap sejarah Sarawak-Datuk Julaihi Narawi

0
300
ADUN N27 Sebuyau Datuk Julaihi Narawi

SEBUYAU, 22 JULAI 2020 (SNN) : Sejarah lama kerajaan Sarawak sebelum pemerintahan Raja Brooke serta peranan Sabah dan Sarawak dalam pembentukan Negara Malaysia wajar dijadikan sebahagian silibus yang harus diajar di semua peringkat sekolah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N27 Sebuyau Datuk Julaihi Narawi berkata, tindakan tersebut bagi mendedahkan makna sebenar sejarah yang berlaku pada tanggal 22 Julai 1963 khasnya dalam kalangan pelajar-pelajar anak Sarawak. .

“Mungkin ada dalam kalangan golongan muda yang masih belum mendalami makna atau sejarah yang dicipta pada tarikh tersebut.

“Maka bersempena dengan sambutan Hari Sarawak pada tahun ini saya ingin menekankan dua perkara penting yang harus diambil perhatian oleh semua pihak khasnya dalam sistem pendidikan kita,” jelas beliau menerusi satu kenyataan rasmi di laman Facebook Pusat Khidmat ADUN N27 Sebuyau. Nizal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here