More
    Home ‘Sarawak Pay’ Mudahkan Proses Pembelian dan Pembayaran

    ‘Sarawak Pay’ Mudahkan Proses Pembelian dan Pembayaran

    KUCHING, 04 Mei 2019 (SNN)- Sarawak Pay mudahkan proses pembelian dan pembayaran di kalangan pengguna di Sarawak. Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, menggambarkan orang Sarawak sebagai ”technologically savvy people” (orang yang berteknologi tinggi). Sarawak Pay merupakan kaedah pembayaran terbaharu yang digunakan di Negeri Sarawak. Dengan adanya perkhidmatan ini, ia akan memudahkan lagi proses pembelian dan pembayaran di mana transaksi pembayaran tersebut boleh dilakukan dengan cepat dan mudah sekali.

    Menurut Ketua Menteri , Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg, sejak Sarawak Pay dilancarkan pada tahun 2017 ianya sekaligus menjadikan Sarawak sebagai salah sebuah Negeri yang pertama di Malaysia yang menggunakan transaksi “ E- Money” seperti mana yang telah diberikan oleh Bank Negara Malaysia. Jelasnya lagi, sehingga kini pendaftaran pengguna Sarawak Pay juga menunjukkan peningkatan dari masa ke semasa selain menjadikan Sarawak sebagai barisan hadapan yang moden dengan penggunaan ekonomi digital ini.

    Berucap di Majlis Penggunaan Sarawak Pay oleh KK Super Mart di KK Super Mart, Batu 7 Kota Sentosa pagi tadi, beliau menambah bahawa perbelanjaan tanpa wang tunai ini diperkenalkan oleh beliau pada November 2017 melalui dasar Ekonomi Digital iaitu sejurus selepas beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak dua tahun lepas. Abang Johari berkata rakyat Sarawak harus menukar cara baru dalam ‘berdagang’ (berniaga). Tambah beliau, sehingga 28 April 2019, sebanyak 172,429 transaksi jual beli menggunakan Sarawak Pay dicatatkan sejak diperkenalkan pada November 2017 dengan nilai keseluruhan transaksi sebanyak RM 14,199,124.53

    Abang Jo melakukan upacara pelancaran Sarawak Pay-KK Super Mart di sini hari ini

    Beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan Sarawak merupakan kerajaan pertama di Malaysia yang menggunakan aplikasi pintar dompet elektronik ini dan mempunyai seramai 68,500 pengguna berdaftar dan 2,400 pemilik syarikat yang menggunakan aplikasi Sarawak Pay.

    Abang Johari turut memberitahu bahawa kerajaan negeri telah menandatangani MoU bersama kerajaan Singapura Net, dan terbaru dengan Union Pay, China bagi penggunaan e-dompet di kedua-dua negara tersebut sekiranya sudah mendapat kelulusan daripada Bank Negara.

    Abang Johari turut meminta agar KK Super Mart mempertimbangkan untuk melaksanakan program kebajikan seperti konsep program ‘Kasih Ibu Smart Selangor’ (KISS) yang membantu golongan ibu di Selangor dalam membantu meringankan beban golongan berpendapatan RM2,000 ke bawah. Kerajaan Sarawak pada awal tahun ini telah memperkenalkan inisiatif bantuan, di mana bayi yang baru dilahirkan di Sarawak layak menerima bantuan sebanyak RM1,000.

    Selain itu, Abang Johari turut mengalu-alukan peruncitan lain untuk menggunakan kaedah pembayaran ini kerana ianya bukan sahaja memudahkan para pengguna malah meningkatkan lagi taraf ekonomi digital di Sarawak. Beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri sudah memperuntukkan sebanyak RM6 juta kepada Majlis Perbandaran Padawan bagi projek pembangunan, merangkumi Kota Sentosa.

    Turut hadir ialah Datuk Patinggi Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam, Pengerusi Sarawak Information System Sdn bhd (SAINS), Datuk Dr. Profesor Sim Kui Hian, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi bin Abdul Ghani, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak dan Kr. Lo Khere Chiang, Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) N.13 Batu Kitang.

    Aplikasi Sarawak Pay

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan terus pastikan rakyat memiliki rumah selesa melalui PPRMS

    0
    LAWAS, 24 JANUARI 2021 (SNN) : Projek Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS) yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri sejak dulu akan terus dilaksanakan dalam...