More
    Home Sarawak Bintulu Sarawak kecewa pendengaran prosiding Petronas ditunda

    Sarawak kecewa pendengaran prosiding Petronas ditunda

    Kuching, 13 Jun (SNN) – Pejabat Ketua Menteri Sarawak melahirkan rasa dukacita terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan untuk menundakan pendengaran terhadap pemohonan Petronas untuk memajukan prosiding terhadap kerajaan negeri pada 21 Jun ini.

    Terdahulu, Petronas telah mengistiharkan untuk memulakan prosiding terhadap kerajaan Negeri Sarawak di bawah Akta Pembanggunan Petroleum 1974. Berdasarkan peruntukan akta berkenaan, Petronas diberikan hak eksklusif  ke atas segala sumber petroleum dalam negara, termasuk di Sarawak.

    Dalam pada itu, pasukan Peguam Kerajaan Negeri Sarawak memaklumkan telah menerima notis daripada Kerajaan Persekutuan melalui telifon pada Isnin lepas (11 Jun). Penangguhan berkenaan adalah bagi menyemak semula sekiranya Kerajaan Persekutuan perlu campur tangan dalam kes ini.

    Pasukan Peguam Kerajaan Negeri Sarawak turut melahirkan rasa kecewa kerana penangguhan tersebut dilakukan tanpa memberi peluang kepada mereka untuk mengemukakan bantahan.

    Tambah mereka lagi, “Selain itu, semua afidavit dan dokumen berkaitan telah diserahkan kepada mahkamah sebagai persediaan untuk sesi pendengaran.

    Pejabat Ketua Menteri juga “terkejut” dengan tindakan Petronas yang memohon pendengaran kes disegerakan tidak membantah penundaan tersebut.

    Sarawak katanya, sedang mempertimbangkan segala opsyen untuk melindungi dan menguatkuasa hak-hak Sarawak yang terkandung dalam perlembagaan.

    “Kerajaan Negeri Sarawak tidak akan membenarkan Petronas tidak menghormati dan merendah-rendahkan hak kita untuk meneruskan aktiviti-aktiviti huluan dalam bidang minyak dan gas di bawah peruntukan Ordinan Perlombongan Minyak dan Kanun Tanah”.

    Back

    2. Sabah dilantik menjadi pemerhati

    Perkembangan baharu dalam pertikaian antara kerajaan negeri Sarawak dan Petronas menyaksikan Peguam Negeri Sabah dilantik menjadi pemerhati dalam prosiding undang-undang Petronas ke atas kerajaan negeri Sarawak.

    Keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan adalah berikutan permohonan daripada Peguam Negeri Sabah, Dayangku Fazidah Hatun Pg Bagul untuk hadir dalam prosiding sebagai pemerhati.

    Dalam pada itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, dia telah meminta Peguam Kerajaan Negeri Sabah untuk memerhati perjalanan kes antara Petronas dan kerajaan negeri Sarawak kerana ia akan memberi kesan kepada kerajaan negeri.

    Back
    qhidirisa
    Journalis dan Editor Sarawak News Network.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...