Penubuhan Gabungan Parti Sarawak

0
366
Semalam (12 Jun) Ketua Menteri Sarawak yang juga bekas pengerusi BN Sarawak mengumumkan hasrat keempat-empat bekas komponen BN Sarawak untuk keluar daripada Barisan Nasional demi kepentingan rakyat dan hak Sarawak yang sedang diperjuangkan.

Walaupun GPS adalah ganti kepada Barisan Nasional (BN) tetapi tak sama, kerana matlamatnya berbeza. Kita berlainan dengan BN kerana kita berkecuali – Datuk Patinggi Abang Zohari bin Tun Abang Haji Openg

Kuching, 13 Jun (SNN) – Semalam (12 Jun) Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Zohari bin Tun Abang Haji Openg, telah mengistiharkan keputusan Sarawak United Peoples’ Party (SUPP), Progressive Democratic Party (PDP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) untuk keluar daripada komponen Parti Barisan Nasional Sarawak.

Keputusan setelah 45 tahun berada dalam Barisan Nasional mendatangkan banyak reaksi daripada pihak Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.

Pengumumkan berkenaan dilakukan di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB), Jalan Bako, Petra Jaya.

Mengulas keputusan tersebut, Abang Jo berkata, “Kami yakin bahawa inilah keputusan paling pragmatik dan tepat untuk membawa Sarawak ke era baharu yang diingini oleh rakyat Sarawak”. Keputusan berkenaan tambahnya adalah demi untuk kepentingan dan hak-hak negeri Sarawak berdasarkan Perlembagaan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.

Jelas beliau lagi, “Kami percaya inilah masa yang tepat untuk kerajaan Negeri Sarawak menerima perubahan platform politik baharu, maju ke hadapan untuk menghadapi cabaran selain selari dengan perubahan aspirasi, kehendak dan keperluan seluruh rakyat Sarawak. Sarawak adalah sebuah negeri yang pelbagai kaum, pelbagai budaya dan pelbagai agama dalam keunikanya tersendiri”.

Abang Johari memberi jaminan bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan melindungi kepentingan rakyat Sarawak. Untuk itu, beliau menyatakan, “Kita akan berkerjasama dan berkolaborasi dengan kerajaan persekutuan demi kepentingan nasional, kepentingan negeri berdasarkan kepada peruntukan perlembagaan persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)”.

“Aspek ini adalah kebangaan dan juga kegembiraan kami sebagai rakyat Sarawak. Tambahan, keputusan ini dibuat demi kepentingan rakyat dan negeri atas seluruhnya”.

Ketika ditanya berkenaan status kemasukan United People’s Party (UPP) ke dalam Gabungan Parti Sarawak, beliau berkata, “Perkara berikut akan kita bincangkan kemudian, buat masa ini kita perlu beri tumpuan kepada penyeragaman parti (GPS).

Semasa Pilihan raya Umum Ke-14, Pakatan Harapan mengemukakan menifesto untuk memberikan 50% hasil cukai Sarawak dan 20% royalti minyak kepada Sarawak sekiranya berhasil menawan Putrajaya. Turut dijanjikan adalah autonomi dalam pendidikan, kesihatan dan fiskal.

Reaksi pelbagai pihak

Mengulas mengenai keputusan berkenaan, bekas Menteri Barisan Nasional, Dato’ Haji Abdul Rahman Dahlan tidak menolak kemungkinan parti-parti Barisan Nasional di Sabah mengikut jejak langkah yang sama.

Katanya, “Sarawak telah membuat keputusan berdasarkan kepada kehendak parti tempatan. Sekiranya Sabah berfikir cara yang sama, mungkin kita akan melihat pembentukan pakatan pan-Borneo mewakili Sabah dan Sarawak.

Walau bagaimanpun, beliau masih percaya sokongan akar umbi terhadap UMNO masih kuat.

“Di Sabah pun saya percaya masih ramai yang masih kuat untuk berjuang di bawah UMNO”.

Sementara itu, ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Moktar Radin berkata keputusan parti-parti Sarawak tersebut sememangnya akan memberi kesan kepada kelangsungan UMNO.

“Kami sedar situasai UMNO sekarang dan kami lihat tidak ramai yang mahu bersama kami.

Kita mesti mengumpulkan kekuatan baharu kerana jika kita kuat, kita akan dihormati. Jika kita lemah, kita akan ditinggalkan.

Sebelum itu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan BERNAMA berkata, “Mereka bukan ahli dalam Pakatan Harapan, tetapi mereka telah nyatakan sokongan mereka terhadap kerajaan Pakatan Harapan. Jadi sekarang kita ada sokongan yang kuar di Parlimen, bukan hanya daripada anggota Pakatan Harapan dalam Parlimen”.

Pengerusi Pakatan Harapan, Chong Chieng Jen pula berkata. “Tak kira apapun keempat-empat parti tersebut namakan diri mereka, mereka tetap sama dengan komponen parti lama iaitu BN Sarawak, mengamalkan polisi yang sama dengan BN Sarawak. Kecuali dengan perubahan pada dasar-dasar kerajaan negeri. Jika tidak perubahan nama daripada BN Sarawak kepada GPS tidaklah bermakna. Pada masa hadapan, jika UMNO kembali berkuasa, mereka akan ikut pula UMNO”.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here