Sarawak Energy Berhad (SEB) Teroka Sistem Pengangkutan Hijau Menggunakan Kenderaan Elektrik

0
174
Fatimah bergambar bersama kakitangan SEB yang lain selepas menerima anugerah pada Sidang Kemuncak CSR Global di Kuching semalam

KUCHING, 04 April 2019 (SNN)– Pada sidang kemuncak CSR Global di sini semalam, Sarawak Energy Berhad (SEB) mengetengahkan penyelarasan kumpulan dengan matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang disasarkan untuk memantapkan ekonomi yang mampan. SEB beralih kepada tumpuan hasil sosial serta memperbaiki jejak alam sekitar sebagai tambahan utama akses yang lebih besar kepada pembaharuan tenaga dan mengurangkan perubahan iklim.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEB Datu Sharbini  Suhaili ketika menyampaikan ucapannya bertajuk ‘Sustainability: Creating Value Through Corporate Activism’ menjelaskan CSR bermatlamatkan untuk memaksimumkan kesan positif ke atas apa yang dilakukan untuk masyarakat dan meminimumkan kesan negatif  ke atas operasi syarikat.

Ini termasuklah  menjana pertumbuhan masyarakat yang mampan di kalangan syarikat yang beroperasi.“Untuk ini, matlamat CSR kami adalah berusaha untuk mewujudkan peluang pekerjaan dan membuka peluang ekonomi kepada rakyat Sarawak, melaksanakan projek secara bertanggungjawab untuk memastikan kesinambungan dalam matlamat syarikat, serta dalam masa yang sama meningkatkan pelaburan sosial melalui penglibatan dengan komuniti melalui cara yang telus”.

“Justeru kami telah mengambil sikap yang aktif secara korporat untuk memberi kesan yang positif kepada perubahan sosial,” katanya lagi menambah.  Pada 2010, di bawah Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE), SEB mula beralih kepada kuasa hidro yang boleh diperbaharui sebagai sumber kuasa utamanya.Ini bagi membolehkan ia membekalkan kuasa yang boleh diperbaharui dan berpatutan kepada rakyat Sarawak.

Tambah Sharbini lagi, SEB akan terus meneroka kaedah baharu dan sumber tenaga alternatif seiring dengan inisiatif negara ke atas tenaga diperbaharui untuk meminimumkan kesan negatif daripada perubahan iklim. Katanya, kumpulan di bawah Kerajaan Sarawak juga telah memulakan sistem pengangkutan hijau dengan menyokong kenderaan elektrik di jalan raya serta memajukan kajiannya mengenai bahan bakar masa depan dalam bentuk sel bahan api hidrogen.

“Memandangkan sekarang kami telah mengambil pendekatan holistik untuk mencapai pembangunan tenaga yang seimbang yang mengambil kira kebolehpercayaan dan keselamatan bekalan untuk memacu transformasi sosio-ekonomi di Sarawak pada hari ini dan esok, mengekalkan tarif berpatutan untuk rakyat dan dalam masa yang sama menegakkan amalan terbaik dan berterusan untuk pertumbuhan mampan,” katanya.

Turut berucap pada sidang kemuncak semalam mewakili SEB ialah Naib Presiden Eksekutif Aisah Eden, Pengurus Besar CSR Jiwari Abdullah dan Pengurus Kanan Untuk Kemampanan Mohamad Irwan Aman.

Sidang kemuncak ini juga menyaksikan majlis peyampaian anugerah di mana SEB telah  menerima Anugerah Platinum di bawah Program Komuniti Terbaik Untuk Program Warisan Telang Usan Sape dan Program Latihan Kemahiran Baleh dan beberapa lagi anugerah lain termasuk Anugerah Emas bagi Projek Solar CSR di Taman Negara Tanjung Datu dan Talang-Talang Kechil dan Talang-Talang Besar.

Hadiah diterima Sharbini daripada Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah sambil disaksikan tetamu jemputan yang lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here