More
    Home Sarawak Limbang Jom Meriahkan Karnival Belia Limbang 2019

    Jom Meriahkan Karnival Belia Limbang 2019

    LIMBANG, 05 Mac 2019 (SNN) – Jom meriahkan Karnival Belia Limbang 2019 yang akan menyediakan pelbagai aktiviti untuk pengunjung selama tiga hari karnival tersebut berlangsung.  Pejabat Daerah Limbang dengan kerjasama Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) akan menganjurkan Karnival Belia Limbang 2019 pada 19 hingga 21 April 2019 bertempat di Lapangan Terbang Lama, Limbang.

    Pelbagai acara menarik telah dirancang untuk diadakan antaranya pada karnival tersebut seperti karnival layang-layang, remote control car, pertandingan makan buah (2 kategori), pertandingan makan pau (2 kategori), pertandingan dart, aerobik, Battle of The Band, persembahan pemuda, dan persembahan artis jemputan pada 19 April 2019.

    Manakala pada hari Sabtu, 20 April 2019 pula akan diadakan karnival Mr Cilik, marathon,  street soccer, pertandingan burung murai, pertandingan tarik tali berkasut, kereta, motosikal & basikal, pertandingan kreatif dan inovasi, pertandingan makan burger (2 kategori) serta pertandingan minum mineral (2 kategori).

    Seterusnya pada hari terakhir, 21 April 2019, Ahad pula akan diadakan pertandingam zumba, pertandingan teh tarik, pertandingan Mr Badang Seborneo, pertandingan makan telur rebus (2 kategori), pertandingan makan nasi lemak (2 kategori), pertandingan makan maggie (2 kategori), pertandingan tarian singa, pertandingan solekan dan pertandingan fotografi. Selain itu perasmian penutupan Karnival Belia Peringkat Daerah Limbang 2019 juga akan diadakan pada hari terakhir 21 April 2019.

    Pelbagai acara menarik telah dirancang untuk diadakan untuk penduduk Limbang dan sekitarnya sempena Karnival Belia Limbang 2019

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Bantuan dan baikpulih kerosakan di Bau akan disegerakan-ADUN Tasik Biru

    0
    BAU, 16 JANUARI 2021 (SNN) : Daerah Bau antara kawasan yang terjejas teruk akibat banjir sejak hujan turun tidak berhenti pada Rabu lalu sehingga...