More
    Home Lain-lain Sarawak catat 16 kes positif covid-19 hari ini

    Sarawak catat 16 kes positif covid-19 hari ini

    KUCHING, 08 JANUARI 2020 (SNN) : Sarawak mencatat 16 kes baharu covid-19 melibatkan Daerah Kuching 10 kes, Miri 4 kes, Samarahan 1 kes dan Julau 1 kes menjadikan keseluruhan kes meningkat kepada 1,196 kes.

    Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan media memberitahu, Daerah Kuching terdapat lima kes jangkitan tempatan melibatkan 4 kes daripada Kluster Keranji, Tabuan manakala lima kes import melibatkan warganegara yang baru pulang dari kawasan berisiko memasuki pintu masuk Sarawak.

    Daerah Miri yang mencatatkan empat kes melibatkan tiga jangkitan tempatan iaitu daripada Kluster Bah Sayap yang merupakan kontak rapat kepada kes indeks dan satu kes import kemasukan ke Sarawak yang baru pulang dari kawasan berisiko.

    Daerah Samarahan dan Julau masing-masing mencatat satu kes iaitu Samarahan melibatkan individu hendak melakukan perjalanan ke luar negeri Sarawak dan diklasifikasikan sebagai kes tempatan. Daerah Julau melibatkan individu tempatan yang baru pulang dari kawasan berisiko dan disahkan positif semasa melakukan perintah kuarantin di rumah selama 14 hari.

    Kenyataan media JPBN Sarawak

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    7 blok kediaman pekerja musnah dalam satu kebakaran

    0
    KUCHING, 27 JANUARI 2021 (SNN) : 7 buah blok rumah pekerja binaan musnah dalam satu kebakaran di Bormil Estate Jalan Keretapi di sini pada...