More
    Home Lain-lain Rohani Karim serah geran peruntukan MRP kepada persatuan, JKKK dan surau bagi...

    Rohani Karim serah geran peruntukan MRP kepada persatuan, JKKK dan surau bagi kawasan DUN Sebuyau

    SEBUYAU, 09 JANUARI 2021 (SNN) : Datuk Seri Hajah Rohani Abdul Karim pada khamis telah menyerahkan geran peruntukan projek kecil luar bandar (MRP) dan projek rakyat Parlimen Batang Lupar kepada 24 persatuan, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan surau bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau.

    Peruntukan geran sebanyak RM419,000 yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Batang Lupar, Datuk Seri Rohani Abdul Karim itu merupakan peruntukan khas Perdana Menteri dan Ketua Menteri bagi fasa kedua.

    Berucap semasa penyampaian geran tersebut, beliau menegaskan agar geran yang diamanahkan itu dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya dan digunakan untuk agenda masyarakat bersama.

    Ujar beliau, kerajaana negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sentiasa mengutamakan keperluan rakyat yang diterjemahkan melalui pelbagai perancangan projek pembangunan rakyat yang giat dilaksanakan.

    Rohani Karim bergambar bersama wakil persatuan, JKKK dan surau selepas majlis penyerahan geran di Dewan Pembangunan Sebuyau

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    7 blok kediaman pekerja musnah dalam satu kebakaran

    0
    KUCHING, 27 JANUARI 2021 (SNN) : 7 buah blok rumah pekerja binaan musnah dalam satu kebakaran di Bormil Estate Jalan Keretapi di sini pada...