More
    Home Sanib hasilkan buku lagi, Bangsawan Sultan Tengah

    Sanib hasilkan buku lagi, Bangsawan Sultan Tengah

    KUCHING, 5 Mac 2020 (SNN) – Sanib Said dan Azuan Jemat telah menghasilkan sebuah lagi buku, Bangsawan Sultan Tengah, Sultan Sarawak Darul Hana yang telah dilancarkan di sebuah hotel terkemuka di bandaraya Kuching petang tadi. Buku tersebut telah dilancarkan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Hj. Abdul Taib bin Mahmud.

    Kulit depan buku. Gmbr. SNN

    Buku ini telah diterbitkan oleh Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) dengan kerjasama Astana Negeri Sarawak. Pengerusi AKYBMS, YB Datuk Amar Hj. Awang Tengah bin Ali Hasan telah menyampai ucapan perasmian Majlis Pelancaran Buku, Bangsawan Sultan Tengah, Sultan Sarawak Darul Hana. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa Sultan Tengah merupakan sultan yang sahih dan wujud dalam sejarah. Baginda Sultan Tengah telah bertahta dari tahun 1599 sehingga tahun 1647. Baginda diabadikan di sebuah makam di raja di Santubong yang merupakan sebuah negeri, Negeri Santubong, yang wujud pada tahun 600M lagi.

    Seramai 300 orang tetamu telah hadir di majlis ini. Antara mereka itu adalah ahli Lembaga Pemegang Amanah AKYBMS, YB Datuk Mohamad Naroden Majais (Timbalan Pengerusi), Datu Abdul Razak Tready (Setiausaha) dan Datuk Dr. Hj. Wahbi Junaidi. Selain itu ialah Pengiran Hjh. Kartini binti Pengiran Tahir (Konsul Negara Brunei Darussalam), Dato Hjh. Sarbanun Merikan, Datin Hjh. Fatimah binti Abdul Malik dan lain-lain lagi.

    Dari kiri: Fatimah, Sarbanun, Sharifah Mordiah dan Kartini. Gmbr Tim

    Sanib sebagai Pengurus Besar AKYBMS dan juga penulis telah memberi ucapan alu-aluan di majlis tersebut. Beliau menjelaskan bahawa Sultan Tengah dalam sejarah Sarawak awal hanya ada seorang sahaja seperti yang dicatatkan dalam Silsilah Raja-Raja Brunei dan Silsilah Sambas. Seorang penulis asing dalam ceramahnya di Kuching pada bulan lepas mengatakan terdapat dua orang Sultan Tengah. Sanib berkata orang asing ini telah membuat pembohongan besar dan berharap orang ramai tidak mempercayainya. Penulis asing ini juga tiada kelayakan dalam bidang sejarah.

    Pementasan Bangsawan Sultan Tengah, Sultan Sarawak Darul Hana telah diadakan pada 5 – 7 Mac 2016. Pada tahun 1993 sebuah teater, Sultan Tengah pernah juga pentaskan dan pada 2018 Teater Muzikal Sultan Tengah diusahakan oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara.

    Sanifa
    Chief Editor

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...