More
    Home Sarawak Kuching SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2023 mempamerkan pelbagai budaya Melayu Sarawak kepada...

    SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2023 mempamerkan pelbagai budaya Melayu Sarawak kepada orang awam

    KUCHING, 04 MAC 2023 (SNN): Siri I SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2023 yang dianjurkan Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) bersama Persatuan Kebajikan Anak Jati Simunjan (PERKAJAS) kali ini akan membawa pelbagai persembahan tradisional masyarakat Melayu bermula 04 Mac ini.

    AKYBMS dalam kenyataan medianya memberitahu, persembahan bermula dengan Siri I hingga IV akan menyaksikan persembahan Gendang Melayu Sarawak, Puisi Melayu Sarawak, Pencak Silat dan Tandak Melayu Sarawak bertempat di Godown Amphitheathre Waterfront, Kuching bermula jam 8.30 malam ini.

    Siri I hingga Siri IV akan dianjurkan mengikut ketetapan tarikh seperti yang tertera.

    “Semua warga Sarawak khususnya di sekitar Kuching jangan lepaskan peluang datang beramai-ramai bagi memeriahkan SAMArindok Siri I pada malam ini dan siri-siri seterusnya pada tarikh yang akan datang,” kata kenyataan itu.

    Ujar kenyataan itu lagi, melalui penganjuran persembahan kebudayaan seperti inilah kita semua dapat mengetengahkan kebudayaan masyarakat Melayu Sarawak di mata masyarakat pelbagai kaum serta pelancong luar selain sokongan dari Anak Melayu sendiri dalam menghayati keunikan budaya bangsa dan warisan kita.

    “Sebarang perubahan akan dimaklumkan oleh pihak AKYBMS melalalui laman rasmi Facebook AKYBMS dari semasa ke semasa,” jelasnya lagi.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak mengalu-alukan tenaga mahir di seluruh Malaysia bagi membantu pacu...

    0
    KUALA LUMPUR, 18 MEI 2024: Kerajaan Sarawak mengalu-alukan tenaga mahir dari Semenanjung Malaysia untuk bekerja di pelbagai sektor baharu bagi memenuhi keperluan dalam sektor-sektor...