More
    Home Sarawak Kuching MPID mahu JKR Sarawak pantau kerja-kerja pembinaan Jambatan Rambungan secara mingguan elak...

    MPID mahu JKR Sarawak pantau kerja-kerja pembinaan Jambatan Rambungan secara mingguan elak isu kelewatan kritikal

    LUNDU, 04 MAC 2023 (SNN): Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak (MPID) menggesa Jabatan Kerja Raya (JKR) supaya memantau kerja-kerja pembinaan Jambatan Rambungan dekat sini secara berkala bagi memastikan kontraktornya dapat menyiapkan jambatan terbabit lebih awal.

    Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Infrastruktur), Aidel Lariwoo berkata, pemantauan secara berkala itu penting memandangkan projek itu sedang mengalami kelewatan yang agak kritikal.

    “Kita telah mengarahkan agensi pelaksana iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR) meneliti atau memantau projek secara mingguan supaya kemajuan mingguannya dapat dilaksanakan mengikut sasaran.

    “Setakat ini projek itu hanya siap kira-kira 42 peratus iaitu jauh daripada jadual, katanya kepada media semasa mengadakan lawatan ke tapak projek itu di sini hari ini.

    Keadaan terkini projek Jambatan Rambungan yang mengalami kelewatan kritikal dan perlu dipantau rapi.-Foto UKAS.

    Aidel berkata berdasarkan kajisemula terkini, projek itu sepatutnya siap Jun tahun ini tetapi tidak tercapai dan memandangkan keadaannya perlu dilanjutkan sedikit masa lagi hingga dua tiang besar jambatan siap di tengah sungai.

    Mengikut pemaju projek, katanya, sejurus tiang besar di tengah sungai siap, jambatan itu dijangka disiapkan akhir tahun 2024 dan ini menimbulkan kebimbangan

    “Daripada pemerhatian kita, sebab-sebabnya (kelewatan) mungkin kekurangan tenaga kerja atau teknik pembinaan. Saya harap kaedah pembinaan dapat dipertingkatkan oleh kontraktor,” katanya.

    Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan menzahirkan rasa kecewa kerana projek terbabit yang sepatutnya siap lebih awal iaitu tahun ini, tetapi daripada penjelasan pemaju, kontraktor dan juruperunding, tempoh siapnya akan tertangguh lagi sehingga 2024.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak mengalu-alukan tenaga mahir di seluruh Malaysia bagi membantu pacu...

    0
    KUALA LUMPUR, 18 MEI 2024: Kerajaan Sarawak mengalu-alukan tenaga mahir dari Semenanjung Malaysia untuk bekerja di pelbagai sektor baharu bagi memenuhi keperluan dalam sektor-sektor...