More
    Home Sports Rumpun Silat Sarawak sokong kepimpinan Abang Johari

    Rumpun Silat Sarawak sokong kepimpinan Abang Johari

    KUCHING, 13 Mac 2020 – Rumpun Silat Sarawak (RSS) menyokong kepimpinan YAB Datu Patinggi Dr. Aban Johari bin Tun Abang Openg sebagai Ketua Menteri Sarawak. Lebih dari seribu orang guru dan pemimpin silat dari seluruh negeri Sarawak telah melafaz ikrar taat setia kepada kepimpinan Negeri Sarawak dalam Majlis Perhimpunan Guru dan Pemimpin Silat Negeri Sarawak 2020 di sebuah hotel di Demak, Kuching pada malam ini.

    Sebahagian dari 1,000 guru dan pemimpin silat hadir. Gambar SNN.

    Dalam ucapan perasmiannya, Abang Johari menegaskan bahawa pesilat mesti taat kepada ibu bapa, guru dan pemimpin negeri. Ajaran seni silat itu hendaklah sentiasa dipupuk dan disemai di kalangan ahli perguruan dan juga dalam masyarakat.

    Abang Johar menyampaikan ucapan perasmian. Gambar SNN.

    Turut hadir adalah YB Datuk Abdul Karim Abdul Rahman Hamzah, Menteri Belia dan Sukan, YB Datuk Talib Zulpilip, Menteri Intergriti dan Ombudsman, Haji Muhammad Haneef Ali, Presiden, Rumpun Silat Sarawak dan timbalannya, Dato’ Hj. Mohamad Yusnar Hj. Matalie. Di samping itu turut hadir juga adalah pimpinan PUSAKA dari Kuala Lumpur. Jemputan lain adalah YB Hazlan bin Hipni dan Datuk Dr. Sanib Said, Pengurus, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak.

    Sebanyak 12 cawangan-wilayah Rumpun Silat Sarawak (RSS) telah terlibat. Seramai 51 orang guru utama perguruan telah hadir untuk menjayakan perhimpunan yang gemilang-gemilang ini.

    Sanifa
    Chief Editor

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sambutan Hari Air Sedunia: PETRA lulus 46 projek air di Sarawak...

    0
    KUCHING, 28 APRIL 2024 (SNN): Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersetuju meluluskan 46 projek berkaitan air di Sarawak yang meliputi 33 projek...