RM5.3 juta Geran Untuk 39 Persatuan Sukan dan 8 Persatuan Belia

0
697
Wakil Persatuan Sukan dan Persatuan Belia Bergambar Kenangan Bersama Tetamu Jemputan

Kuching, 22 Mac 2019 (SNN)- Kerajaan Sarawak telah menyalurkan geran tahunan sebanyak RM5,349,600 juta kepada 39 persatuan/pertubuhan sukan dan 8 persatuan/pertubuhan belia. Perkara ini dinyatakan oleh Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak semasa menyempurnakan Majlis Penghargaan dan Penyerahan Geran Belia dan Sukan Sarawak bertempat di sebuah hotel terkemuka di bandaraya Kuching malam tadi.

Dalam majlis itu, Abdul Karim berkata bahawa kerajaan Sarawak telah menyalurkan geran tahunan sebanyak RM5,349,600 juta kepada 39 persatuan/pertubuhan sukan dan 8 persatuan/pertubuhan belia.

Pada majis tersebut juga Abdul Karim berharap “sport tourism” atau pelancongan sukan akan membantu menjana pendapatan yang memberi manfaat besar kepada Sarawak dan mampu memberi peluang sosio-ekonomi kepada masyarakat setempat.

Abdul Karim dalam ucapannya berharap dengan sokongan padu kerajaan negeri melalui kementerian melibatkan program-program pembangunan sukan, bakal menjadikan Sarawak sebagai kuasa sukan Malaysia dan bersedia utk sukan sukma pada  tahun hadapan.

Beliau menambah lagi bahawa keperihatinan kerajaan Sarawak bertujuan untuk mengalakkan persatuan dan NGO agar aktif dalam pelagai aktiviti sihat seperti sukan, riadah, kesukarelawan bagi memantapkan lagi tahap kesejahteraan masyarakat.

Beliau turut berharap agar persatuan-persatuan sukan dan belia akan sentiasa memberi sokongan padu kepada program pembangunan dan latihan yang telah dirancang rapi, demi mencapai objektif yang dirancang bagi menjaminkan keupayaan Sarawak untuk terus melahirkan bakat-bakat sukan yang berkualiti.

Hadir sama pada majlis tersebut adalah Datuk Lee Kim Shin (Menteri Muda Pelancongan,Kesenian dan Kebudayaan), Datuk Snowdan Lawan (Menteri Muda Belia dan Sukan), ADUN Layar Gerald Rentap Jabu,  dan ADUN Tupong YB Fazzrudin Abd Rahman.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here