More
    Home RM1.97 Juta Diperuntukkan Bagi Projek Perparitan Di Zon Tabuan Melayu

    RM1.97 Juta Diperuntukkan Bagi Projek Perparitan Di Zon Tabuan Melayu

    KUCHING, 04 Ogos 2019 (SNN) – Sebanyak RM1.97 juta telah diperuntukkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hj Hazland Abang Hj Hipni bagi menyiapkan empat projek sistem perparitan konkrit di Zon Tabuan Melayu.

    Peruntukan ini merupakan Projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut 2018 bagi membina sistem perparitan konkrit dibina di Kampung Tabuan Dani, Kampung Tabuan Lot, Kampung Tabuan Tengah dan Kampung Tabuan Melayu.

    Menurut Dr Hj Hazland, penduduk di kawasan Zon Tabuan Melayu kini boleh menarik nafas lega selepas keempat-empat projek pembinaan sistem perparitan konkrit telah siap.

    “Penduduk kini boleh mengurangkan perasaan risau ketika musim hujan lebat yang boleh mengakibatkan banjir kilat.

    “Juga, sistem pengairan saliran air yang lancar juga menghalang daripada pembiakan nyamuk Aedes dan tikus yang boleh membawa penyakit yang boleh membawa maut.

    “Malah, pembinaan sistem perparitan konkrit bertutup ini memberikan keselamatan kepada penduduk terutamanya pelajar sekolah yang melaluinya ketika berjalan kaki ke sekolah,” katanya.

    Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas menyaksikan penyerahan Projek Sistem Perparitan Konkrit sepanjang 800 meter dengan kos keseluruhan berjumlah RM800,000 di sini, semalam.

    Tambahnya lagi, siapnya sistem perparitan konkrit kawasan Zon Tabuan Melayu telah berjaya mengubah landskap kampung menjadi lebih bersih dan cantik.

    “Jika sebelum ini, sistem perparitan yang tidak teratur telah menyebabkan pemandangan kampung kurang menarik.

    “Bagaimanapun, kini semuanya telah berubah menjadi lebih bersih dan cantik sehingga ada yang sukar mempercayai pembangunan yang dinikmati penduduk ketika ini,” tambahnya.

    Dr Hazland turun padang untuk meninjau sendiri sistem perparitan konkrit yang telah siap dibina
    Siapnya sistem perparitan konkrit kawasan Zon Tabuan Melayu ini telah berjaya mengubah landskap kampung menjadi lebih bersih dan cantik.
     

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Naiktaraf sistem pengairan dan saliran elak berlaku banjir- ADUN Demak Laut

    0
    KUCHING, 22 JANUARI 2021 (SNN) : Sistem pengairan dan saliran di kawasan kampung perlu dititik berat ekoran bagi mengelak berlakunya masalah banjir atau limpahan...