More
    Home Raya Musim Wabak COVID-19 Jadikan Masjid Sepi Tapi Rumah Meriah

    Raya Musim Wabak COVID-19 Jadikan Masjid Sepi Tapi Rumah Meriah

    KUCHING, 24 Mei 2020 (SNN) – Hari Raya Aidilfitri pada musim wabak COVID-19 hari ini menjadikan masjid sepi tetapi disambut meriah di rumah bersama-sama keluarga.  Oleh kerana belum ada ubat penyembuh maka cara yang paling berkesan adalah untuk mengasingkan diri dengan duduk di rumah bersama-sama keluarga.  Negara kita telah menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semenjak 18 Mac 2020.

    Justeru itu bulan Ramadan yang biasa meriah menjadi sunyi.  Biasanya pada sebelah petang bazar Ramadan riuh-rendah dengan pembeli makanan yang pulang dari bekerja.  Pada sebelah malam pula masjid dan surau meriah dengan jemaah solat terawih dan tadarus.  Tahun ini bazar senyap dan masjid gelap dan sepi.

    Back

    2. Suami Gentar Jadi Imam

    Bagaimanapun rumah menjadi meriah kerana keluarga ditegah keluar kawasan rumah.  Biasanya suami akan ke masjid atau surau berjemaah terawih selama 30 malam.  Tetapi dengan PKP suami pula menjadi imam terawih kepada isteri dan anak-anak selama sebulan.  Suami yang jarang-jarang menjadi imam terpaksa mengulang kaji bacaan dan rukun solat.

    Apa bila Hari Raya Aidilfitri tiba pagi tadi suami terus menjadi imam solat sunat Aidilfitri.  Jika tidak ada lelaki lain maka suami juga menjadi bilal dan khatib.  Alhamdulillah, agensi agama Islam telah menyediakan garis panduan, termasuk teks khutbah, yang boleh didapati di laman web masing-masing.  Para suami mungkin gementar pada permulaannya tetapi akhirnya mendapat pengalaman yang menyeronokkan dan penuh bersejarah.

    Sebuah keluarga di Bintulu berjemaah Solat Sunat Aidilfitri. Gambar: Adol
    Back
    Sanifa
    Chief Editor

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Bantuan dan baikpulih kerosakan di Bau akan disegerakan-ADUN Tasik Biru

    0
    BAU, 16 JANUARI 2021 (SNN) : Daerah Bau antara kawasan yang terjejas teruk akibat banjir sejak hujan turun tidak berhenti pada Rabu lalu sehingga...