More
    Home Sarawak Serian Tanjung Manis Bertukar Status Kuning

    Tanjung Manis Bertukar Status Kuning

    KUCHING, 25 Mei 2020 (SNN) : Tanjung Manis hari ini bertukar status kepada kuning selepas satu kes baru positif Covid-19 dilaporkan di kawasan itu. Selain Tanjung Manis, Daerah Serian dan Bintulu turut bertukar status kepada kuning setelah kes baharu dilaporkan bagi setiap daerah tersebut hari ini.  Jumlah daerah berstatus kuning di Sarawak ketika ini, lima (Tanjung Manis, Bintulu, Serian, Kuching dan Sibu) manakala kawasan Hijau 35, menurut sumber daripada JPBNS.

    Sarawak hari ini merekodkan empat kes baharu positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif 549 kes setakat ini. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataannya hari ini berkata kes baharu berkenaan masing-masing satu di Kuching, Serian, Bintulu dan Tanjung Manis.

    Manakala tiga kes telah sembuh dan discaj dari hospital, daripada jumlah tersebut dua dari Hospital Umum Sarawak (HUS) dan satu dari Hospital Sibu.

    “Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah sembuh dan discaj ialah 473 atau 86.18 peratus daripada jumlah kumulatif (kes positif) 549. 

    “Pada hari ini 59 orang sedang dirawat di hospital dan setakat ini Sarawak merekod 17 kes kematian akibat COVID-19,” jelas JPBNS. Sementara itu JPBNS berkata 132 orang disyaki (PUI) COVID-19 baharu dilaporkan dengan 117 kes masih menunggu keputusan ujian makmal.

    Mengenai pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), JPBNS berkata pada hari ini 1,492 jumlah permohonan pergerakan antara daerah diterima oleh 28 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh Sarawak menjadikan jumlah kumulatif 64,004.

    JPBNS  berkata daripada 64,004 jumlah kumulatif permohonan pergerakan antara daerah diterim, 58,618 diluluskan, 5,386 ditolak.

    “Pasukan pemantau telah memantau 1,853 lokasi iaitu pasar raya(352), restoran (384), kilang (23), bank (206), pejabat kerajaan (79), penjaja (38), pasar tani/awam (118), tempat ibadat (133), tempat riadah (56), tapak pembinaan (16) dan lain-lain (448),” tambah JPBNS.

    Sumber : JPBNS, Utusan Borneo

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...