More
    Home Sarawak Samarahan Pusat penjaja baharu Kampung Tembirat akan beri keselesaan kepada pengunjung

    Pusat penjaja baharu Kampung Tembirat akan beri keselesaan kepada pengunjung

    ASAJAYA, 13 DISEMBER 2020 (SNN) : Pusat penjaja baharu di Kampung Tambirat, Asajaya yang dijangka siap pada penghujung tahun 2021 kelak akan memberi keselesaan kepada pengunjung yang selalu singgah membeli pelbagai produk tempatan di kawasan itu.

    Menurut Ahli Parlimen Kota Samarahan, Hajah Rubiah Wang, projek berkenaan merupakan azam beliau dalam memastikan penduduk di Kota Samarahan dapat meniaga dengan selesa dan selamat.

    “Seperti yang kita lihat sekarang ini amatlah membimbangkan dan sedih apabila mereka terpaksa beniaga di tepi jalan dan itu sudah pasti mengundang bahaya kepada mereka dan pengunjung yang datang singgah membeli.

    “Dengan adanya projek ini saya berharap ianya akan berjalan dengan lancar sehingga siap sepertimana projek-projek seumpama itu seperti Pasar Serikin 2.0 di pusat penjaja Jambatan Kota Samarahan dan pusat penjaja di hadapan D-Virtual Park,” kata beliau dalam satu kenyataan.

    Tambah beliau, siapnya pusat penjaja itu kelak bakal memuatkan hampir 80 gerai dengan keluasan kira-kira 2.56 ekar.

    “Pembinaan yang mengambil masa selama satu tahun itu menelan kos sebanyak RM7 juta dan sekaligus akan menjadi daya tarikan baharu di Daerah Asajaya,” tambah beliau.

    Pada sebelah pagi tadi, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah telah menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Pusat Penjaja Tambirat di tapak yang sudah dikenalpasti sebelum ini.

    Gambaran reka bentuk pusat penjaja berkenaan setelah siapnya kelak.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    7 blok kediaman pekerja musnah dalam satu kebakaran

    0
    KUCHING, 27 JANUARI 2021 (SNN) : 7 buah blok rumah pekerja binaan musnah dalam satu kebakaran di Bormil Estate Jalan Keretapi di sini pada...