More
    Home Sarawak Bintulu Blok pentadbiran Balai Polis Belaga musnah dalam satu kebakaran

    Blok pentadbiran Balai Polis Belaga musnah dalam satu kebakaran

    BELAGA, 15 DISEMBER 2020 (SNN) : Deretan blok pentadbiran Balai Polis Belaga telah musnah selepas terlibat dalam satu kebakaran pada awal tengah hari semalam.

    Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 1.19 petang sebelum mengerahkan sepasukan anggota bersama sebuah kenderaan pancuan empat roda dari Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu ke lokasi kejadian.

    “Pasukan bomba mengambil masa hampir empat jam untuk tiba ke lokasi kejadian ekoran jarak lokasi dari bandar agak jauh.

    “Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Belaga turut dihubungi bagi melalukan tindakan awal serta mendapatkan maklumat berhubung situasi kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan.

    Ujarnya, tiada sebarang kecederaan ataupun kemalangan jiwa terlibat dalam kebakaran terbabit.

    Kebakaran bermula dari tingkat atas bangunan terbabit.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Naiktaraf sistem pengairan dan saliran elak berlaku banjir- ADUN Demak Laut

    0
    KUCHING, 22 JANUARI 2021 (SNN) : Sistem pengairan dan saliran di kawasan kampung perlu dititik berat ekoran bagi mengelak berlakunya masalah banjir atau limpahan...