More
    Home Sarawak Betong Pupuk belia dengan amalan gaya hidup sihat dengan bersukan- YB Razi Sitam

    Pupuk belia dengan amalan gaya hidup sihat dengan bersukan- YB Razi Sitam

    SPAOH, 20 DISEMBER 2020 (SNN) : Satu anjuran sukan sepak takraw telah diadakan oleh Pusat Khidmat DUN Saribas di Dewan Serbaguna Kampung Belingan, Spaoh, Betong pada semalam dengan melibatkan belia di kawasan berkenaan.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, YB Mohammad Razi Sitam berkata, pertandingan tersebut diadakan bertujuan bagi memupuk golongan belia di kawasan itu mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan di samping mencegah mereka daripada terlibat dengan aktiviti sosial yang tidak sihat.

    “Dimaklumkan seramai 16 pasukan belia dari pelbagai kawasan kampung menyertai acara sukan yang dianjurkan dan ini menunjukkan penyertaan yang positif dari golongan belia kampung.

    “Disamping kita menjalankan aktiviti sihat dengan bersukan, secara tidak langsung dapat menjalinkan hubungan silaturahim antara penduduk setempat,” katanya ketika berucap merasmikan Pertandingan Sepak Takraw N. 35 di Dewan Serbaguna Kampung Belingan, Spaoh pada Sabtu.

    YB Razi menimang bola sebagai simbolik rasmi acara sepak takraw

    Dalam masa yang sama, beliau turut menegaskan agar sentiasa mematuhi garis panduan keselamatan yang ditetapkan oleh kerajaan agar sentiasa mengekalkan Daerah Betong dengan status hijau wabak covid-19.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...