More
    Home Sarawak Samarahan Perpustakaan desa Kampung Sampat untuk kemudahan pelajar kawasan luar bandar menimba ilmu...

    Perpustakaan desa Kampung Sampat untuk kemudahan pelajar kawasan luar bandar menimba ilmu tambahan

    SEBUYAU, 20 DISEMBER (SNN) : Perasmian bangunan perpustakaan baharu Kampung Sampat, Sebangan akan menjadi pusat menimba ilmu kepada pelajar di kawasan luar bandar khususnya kawasan sekitar kampung tersebut.

    Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi berkata, pembinaan perpustakaan di bawah Projek Pembangunan Luar Bandar (RTP) bernilai RM250,000 itu akan dilengkapi dengan kemudahan untuk mengkakses bahan bacaan dan ilmu sebagai rujukan kepada pelajar di kawasan berkenaan.

    “Keperluan mewujudkan sebuah perpustakaan desa ini adalah untuk memastikan pelajar di kawasan luar bandar mendapat akses bahan bacaan yang lengkap.

    “Disamping itu, mereka dalam masa yang sama boleh menambah ilmu pengetahuan dengan adanya penyediaan pelbagai bahan bacaan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris,” katanya ketika merasmikan bangunan perpustakaan baharu Kampung Sampat, Sebangan pada Sabtu.

    Datuk Julaihi bergambar bersama wakil Rotary Club selepas menandatangani simbolik perasmian bangunan

    Tambahnya, beliau menzahirkan terima kasih kepada pihak Rotary Club Kuching kerana telah menyumbangkan buku-huku dan pelbagai bahan bacaan serta peralatan komputer untuk kegunaan perpustakaan itu nanti.

    Turut hadir sama dalam majlis ialah Ajis Ahmad, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kecil Sebuyau, Cik Mona Abdul Manap, Presiden Rotary Club Kuching, Pemanca Asli Haji Yahya dan Haji Mantassan Bujang, Ketua Kaum Kampung Sampat serta pemimpin dan penduduk tempatan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Lelaki lemas dipercayai selamatkan kekasih ditemui pada hari ketiga SAR

    0
    KUCHING, 17 JANUARI 2021 (SNN) : Misi Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dihanyut oleh air deras di Sungai Sarawak...