More
    Home Projek bangunan FORUM di Miri bukti Abang Jo tidak berat sebelah kepada...

    Projek bangunan FORUM di Miri bukti Abang Jo tidak berat sebelah kepada satu kaum sahaja

    MIRI, 16 DISEMBER 2020 (SNN) : Selepas perasmian Wisma Melayu Sarawak baru-baru ini, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg seterusnya menunaikan janjinya dengan merasmikan satu lagi mercu tanda negeri Sarawak iaitu projek pembinaan Pusat Budaya Orang Ulu Dan Ibu Pejabat Persekutuan Persatuan Orang Ulu Sarawak Malaysia (FORUM) untuk Orang Ulu di Sarawak.

    Pembinaan bangunan FORUM di atas tanah kerajaan negeri seluas lima ekar di Jalan Terminal Bas Pujut itu menelan kos sebanyak RM25 juta dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 18 bulan.

    Berucap pada majlis tersebut, Ketua Menteri menjelaskan pembinaan bangunan ini merupakan salah satu resolusi dalam seminar budaya yang diadakan sebelum ini.

    “Dalam resolusi tersebut mereka berkehendakkan wujud satu tempat untuk berkumpul dan bertukar-tukar fikiran dalam usaha membangunkan masyarakat masing-masing.

    “Semasa saya mengambil alih resolusi berkenaan, semua wakil kaum meminta untuk didirikan bangunan mereka sendiri untuk tujuan berkumpul dan mencari jalan keluar menghadapi cabaran yang di hadapi oleh masyarakat di era baru ini dan bukannya untuk kebanggaan suatu kaum kerana memiliki bangunan tersendiri,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Pecah Tanah Projek FORUM di Jalan Padang Kerbau, Miri pada Selasa.

    Siaran langsung Majlis Pecah Tanah projek bangunan FORUM disempurnakan oleh Ketua Mneteri semalam.

    Tambah beliau, pembinaan FORUM ini sebagai langkah untuk rakyat Sarawak memahami kepelbagaian buadaya dan sekaligus menjadi simbol Orang Ulu yang mempertahankan budaya mereka disamping untjk melihat perancangan masa depan masyarakat itu.

    Terdahulu berucap sama, Timbalan Speaker DUN Sarawak merangkap Penasihat FORUM, Datuk Gelawat Gala memberitahu, usaha yang akan dilakukan adalah dengan mempromosikan pusat berkenaan sebagai satu tarikan utama pelancong di Bandar Miri sebagai Kampung Budaya Orang Ulu.

    Ujarnya, siapnya bangunan itu kelak sekaligus akan menjadi mercu tanda baharu bagi bandaraya Miri yang melambangkan dasar inklusif Ketua Menteri bersikap adil dan saksama kepada semua kaum di Sarawak.

    Turut hadir sama semasa majlis pecah tanah ialah Menteri Pelancongan, Kesenian Dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin, Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus, Presiden FORUM, Kennedy Chukpai Ugon, Timbalan Presiden FORUM, Dennis Ngau dan Pemangku Residen Miri, Abdul Aziz Mohd Yusuf.-Sumber UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Lelaki lemas dipercayai selamatkan kekasih ditemui pada hari ketiga SAR

    0
    KUCHING, 17 JANUARI 2021 (SNN) : Misi Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dihanyut oleh air deras di Sungai Sarawak...