More
    Home Sarawak Samarahan Lebih banyak kemudahan akan disediakan di kawasan luar bandar- Datuk Julaihi Narawi

    Lebih banyak kemudahan akan disediakan di kawasan luar bandar- Datuk Julaihi Narawi

    15 DISEMBER 2020 (SNN) : Kerajaan negeri Sarawak akan melaksanakan serta menyediakan lebih banyak kemudahan infrastruktur di kawasan luar bandar sejajar dengan misi kerajaan mengutamakan pembangunan kawasan luar bandar.

    Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi berkata, rakyat akan terus menikmati pelbagai kemudahan insfrastruktur sekiranya kerajaan sedia ada masih diberi mndat kuasa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

    Sekarang ini banyak kerja-kerja baikpulih jalan mahupun pembinaan jambatan sednag giat dijalankan bagi memberi keselesaan kepada pengguna disamping jalan perhubungan ke kampung-kampung turut dilaksanakan.

    “Salah satu usaha yang dilakukan adalah Projek pembinaan Pusat Kegiatan Kampung Sungai Ladong C ini yang telah siap dibina sepenuhnya di bawah Projek Pembangunan Luar Bandar (RTP).

    “Selain itu, pembinaan jalan kampung telahpun siap sepenuhnya dan penduduk sekitar mendapat manfaat darinya dengan membolehkan mereka untuk melakukan kegiatan ekonomi mahupun sosial,” katanya ketika merasmikan Pusat Kegiatan Kampung Sungai Ladong C dan Jalan Kampung semasa Program Pemimpin Bersama Rakyat Kampung Ladong, Sebangan pada Ahad.

    Datuk Julaihi merasmikan Pusat Kegiatan Kg Sg Ladong pada Ahad

    Tambah beliau, kedua-dua projek berkenaan adalah dari dana kerajaan negeri sendiri dengan peruntukan masing-masing sebanyak RM200,000 dan RM800,000.

    “Ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri komited dan sentiasa mempunyai perancangan yang jelas demi masa depan rakyat Sarawak selain menyediakan kemudahan untuk keselesaan bersama,” tambah beliau lagi.

    Dalam majlis yang sama, turut disampaikan sumbangan keperluan asas makanan oleh isteri ADUN Sebuyau merangkap Exco SABATI kepada 60 orang penerima daripada Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI).

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...